Page 15 - Syahida F2064 Beauty & Health
P. 15

3. RAJIN MENJALANKAN IBADAH


             Selain memiliki akhlak yang baik dan memiliki kecantikan
             fizikal, kecantikan wanita dalam islam juga terpancarkan
             karena amal ibadah yang ia lakukan dengan ikhlas hanya
             mengharapkan redha Allah SWT sebagaimana yang
             disebutkan dalam hadits berikut ini (baca amal jariyah dan

             hal-hal yang menghapus amal ibadah )


             Ibnu Katsir berkata: “Sesungguhnya amal kebaikan itu akan
             memancarkan cahaya di dalam hati, membersitkan sinar pada
             wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki dan
             menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya.

             Sesungguhnya amal kejahatan itu akan menggelapkan hati,
             menyuramkan wajah, melemahkan badan, mengurangkan
             rizki dan menimbulkan rasa benci di hati manusia
             kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir IV/204).








                                         4. MENJALANKAN KEWAJIBANNYA DALAM KELUARGA

                                      Sesungguhnya perhiasan dunia yang paling cantik adalah

                                      wanita termasuk isteri yang solehah. Oleh sebab itu Rasul
                                       senantiasa menyuruh umatnya untuk memandang agama,
                                        kecantikan akhlak dan budi pekerti adalah yang utama.

                                            Wanita yang solehah tentunya akan menjalankan
                                       kewajibannya sebagai isteri dan ibu untuk anaknya kelak
                                       (baca kewajiban isteri terhadap suami dan ciri-ciri isteri

                                                                      solehah).

                                                     Sebagaimana dalam hadits berikut :

                                        “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya
                                        adalah wanita solehah” (HR.Muslim, Ibnu Majah dan An
                                                                         Nasai)

                                          “Wanita biasanya dinikahi kerana empat hal: kerana
                                    hartanya, kerana kedudukannya, kerana parasnya dan kerana

                                      agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus
                                       agamanya (keislamannya). Kalau tidak demikian, niscaya
                                                   kamu akan rugi.” (HR. Bukhari-Muslim)

                                                                                                               /  15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18