Page 12 - Surat Hitam
        P. 12
     Dakwat Hitam
                                                                                                   Jiwa tidak mahu bersendirian
                                                                                                      jiwa tanpa sebarang pilihan
                                                                                           berarak berlari teruskan perjalanan
                                                                                              dipimpin kekuatan cuma tangan
                                                                                             digari hati tanpa sebarang taufan
                                                                                                 kerekau meraba setinggi awan
                                                                                                     dicekau tiba sekadar impian
                                                                                                    igauan dunia tanpa dengkur
                                                                                                            tangis hina si jasad akur
                                                                                                       geledah luka bernadi lebur
                                                                                                     sergah dunia si nikmat kufur
                                                                                                   lukisan terbina dakwat luntur
                                                                                                        hiasan dunia tanpa diukur
                                                                                                kukuh istana pandangan kabur
                                                                                                       buluh patah tanpa dilentur
                                                                                                  hati mati tanpa jasad terkubur
                                                                                                       yang pergi takkan kembali
                                                                                                 masih berdiri teruskan mencari
                                                                                                yang hilang terus berhalusinasi
                                                                                                jatuh bangkit bangun si jati diri
                                                                                      jatuh rebah tanpa kaki bergerak sendi
                                                                                                    menerjah jatuh ke dasar hati
                                                                                menjawab persoalan dendangan sanubari
                                                                                 pertanyaan demi pegangan kukuh nurani
                                                                                           tersemat utuh dilakar hiasan naluri
     	
