Page 24 - Surat Hitam
P. 24
Jentik dari tuhan
Dalam diam aku ber kir
nikmat kata hanya pandai menyindir
sedangkan lupa diri yang tergelincir
dalam diam wujudnya angan
angan yang lupa dipersoalkan
musibah melanda hati lupa hidup bertuhan
bertanya hati si empunya badan
adakah ini ujian atau rahmat dari tuhan?
sampai masa hati bersuara
sama masa hati berbicara
sampai masa lidah petah kelu tanpa bahasa
manusia inginkan hidayah dariNya
nikmat mata manusia buta
nikmat hati tak pernah mencari
nikmat kata lupa bertanya
nikmat akli tanpa menghayati
manusia yang leka
hidayah datang setiap masa
hidayah datang dari pelbagai rasa
bukan hanya kepada hamba yang dipilihnya
ada kala datang dalam persoalan
ada kala datang dalam kesenangan
ada kala datang dalam kesusahan
ada kala datang dari awal kejadian