Page 6 - Surat Hitam
        P. 6
     Sesat dalam diri
                                                                                                                        Dari hari ke hari
                                                                                                                dari masa ke semasa
                                                                                                               destinasi ke destinasi
                                                                                             terkadang aku tersesat dalam diri
                                                                                                   hilang mencari arah destinasi
                                                                                             sesat dalam dunia ciptaan sendiri
                                                                                                              langkah demi langkah
                                                                                           mencari jalan untuk mengenal hati
                                                                                                        mencari siapa sebenar diri
                                                                                               terkadang aku diam menyendiri
                                                                                                 terkadang aku diam menangisi
                                                                                        keluar segala keluh kesah dalam hati
                                                                                            apa yang dipendam ingat kembali
                                                                                               pendam bukan niat berdendam
                                                                                                          pendam boleh meracuni
                                                                                    pendam ibarat melukis peta dalam hati
                                                                                              peta gambaran masalah duniawi
                                                                                    makin hari makin membesar dalam hati
                                                                  makin hari makin sukar mencari jalan keluar sendiri
                                                                                                            bumi sentiasa berputar
                                                                                                             masa sentiasa berdetik
                                                                                   apa yang dipendam semakin membesar
                                                                                      hanya menunggu masa untuk dijentik
                                                                            tiada peta yang tidak menunjukkan destinasi
                                                                                            tiada rumah yang tak punya pintu
                                                                                                               tiada awal tiada akhir
                                                                                                              tiada hidup tiada mati
                                                                                                      saat orang bergelak ketawa
                                                                                                             kau duduk menyendiri
                                                                                                       saat orang bergurau senda
                                                                                                  kau merenung bisa dalam hati
                                                                                                              saat orang bersuka ria
                                                                                                  kau diam merenung nasib diri
                                                                                                     saat orang berbual gembira
                                                                                        kau terpaku diam melihat diri sendiri
     	
