Page 3 - PowerPoint Presentation
P. 3

SEKAPUR SIRIH














                                                    Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi
                                                  kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
                                                     kita berkumpul pada petang ini untuk
                                                    menyaksikan Kejohanan Sukan Sekolah
                                                   Kebangsaan Egang-Egang kali ke-37 pada
                                                     tahun ini. Bagi pihak seluruh warga SK
                                                  Egang-Egang dan PIBG mengalu-alukan dan
                                                     mengucapkan selamat datang kepada
                                                         semua tetamu yang hadir bagi
                                                  memeriahkan majlis pada petang ini. Jutaan
                                                     terima kasih daripada pihak kami, atas
                                                    kesudian tuan-tuan menerima undangan
                                                                     kami.





          Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di
          sekolah. Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan murid
                 bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang
         berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
              Kepada murid-murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan
           diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang
                         lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

                                  MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA




                                                                 HAJI MOHD SHAH BIN LANJI
                                                             GURU BESAR SK EGANG-EGANG
   1   2   3   4   5   6   7   8