Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4

PERUTUSAN PERASMI

















                                                                 Assalamualaikum         warahmatullahi
                                                  wabarakatuh  dan  selamat  sejahtera.Terlebih  dahulu
                                                  saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
                                                  diberi  keizinan  untuk  berucap  di  majlis  yang  penuh
                                                  bermakna  ini.  Ribuan  terima  kasih  juga  diucapkan
                                                  kepada  pihak  pengelola  kerana  telah  berbesar  hati
                                                  menjemput  saya  dan  rombongan  untuk  merasmikan
                                                  kejohanan  sukan  yang penuh bermakna  ini.  Kita  amat
                                                  berbesar  hati  dengan  kerjasama  yang  ditunjukkan  di
                                                  antara  pihak  sekolah  dan  PIBG  dalam  menjayakan
                                                  Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini. Dengan
                                                  adanya  kerjasama  yang  seumpama  ini  akan  dapat
                                                  memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik
                                                  dan  kokurikulum.  Dan  kita  pasti  kerjasama  ini  akan
                                                  diteruskan untuk tahun yang mendatang demi kebaikan
                                                  anak didik kita.






                        Apa  yang  kita  harapkan  ialah  dengan  penganjuran  kejohanan  seperti  ini  akan
         dapat  melahirkan  atlit-atlit  yang  dapat  bersaing  di  arena  sukan  tanahair  khasnya  dan
         antarabangsa  amnya.  Kejohanan  seumpama  ini  bukan  sahaja  akan  dapat  membantu  murid
         dalam bidang akademik dan kokurikulum, malah ianya juga mampu menyatukan masyarakat. Jika
         ini  dapat  diteruskan,  InsyaAllah  kita  akan  mampu  membentuk  satu  masyarakat  yang  bersatu
         padu, bantu membantu serta saling bekerjasama. Semoga Allah memberkati usaha dan aktiviti
         ini akan diteruskan pada masa akan datang. Sekian, Terima Kasih.


         AL-FADHIL UST. ZULFIKAR AB MIJAN RIAUWI
         Ahli Majlis Daerah Semporna merangkap
         Pengarah SAHABAT PRIHATIN MANAGEMENT
   1   2   3   4   5   6   7   8   9