Page 2 - Buku Interaktif Digital: Jom Kita Membaca
P. 2
PRAKATA
Buku Interaktif Digital: Jom Kita Membaca (BID:JKM) memperkenalkan satu
konsep untuk belajar membaca melalui buku digital yang mempunyai elemen
multimedia bagi membantu murid bermasalah pembelajaran.
Buku ini dihasilkan atas kesedaran:
1. Membolehkan murid belajar kemahiran membaca dimana jua mereka berada.
2. Memperbaharui kaedah pengajaran kemahiran membaca kepada guru
Pendidikan Khas.
3. Kemahiran membaca perlu dimulakan dengan proses kenal huruf dan bunyi >
suku kata > perkataan > ayat dan seterusnya membaca petikan tanpa pembaha-
gian suku kata.
4. Penggunaan buku bercetak mengurangkan minat murid untuk belajar
membaca kerana kurang elemen yang menarik perhatian murid.
BID:JKM ini dihasilkan untuk digunakan dalam kajian yang dijalankan oleh pen-
kaji iaitu Persepsi Guru Pendidikan Khas terhadap Kebolehgunaan Buku Inter-
aktif Digital untuk Kemahiran Membaca Murid Bermasalah Pembelajaran. Oleh
itu, buku ini tidak akan diterbitkan atau dijual namun ia akan diberikan kepada
guru Pendidikan Khas yang telah menjadi responden kajian untuk digunakan
sebagai bahan bantu mengajar digital.
Diharapkan BID:JKM ini dapat digunakan oleh guru Pendidikan Khas dan ibu
bapa untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid bermasalah pembelaja-
ran seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran mereka.
Idea asal: NurFarah Afiza Lorren (Universiti Pendidikan Sultan Idris)