Page 3 - Buku Interaktif Digital: Jom Kita Membaca
P. 3
KAEDAH PENGGUNAAN BUKU
1. Pembelajaran akan mengikut susunan dalam buku ini iaitu bermula daripada
huruf vokal > konsonan > ayat.
2. Bahagian pembelajaran huruf vokal, murid akan belajar untuk mengenal
huruf dan membunyikan huruf.
3. Bahagian pembelajaran huruf konsonan, murid akan belajar:-
- Mengenal huruf konsonan
- Membunyi huruf konsonan
- Membatang suku kata
- Membaca perkataan
4. Untuk memainkan video atau audio, sila tekan pada bahagian yang telah
disediakan. Video dan audio yang terdapat dalam buku ini boleh dimainkan
berulang kali.
5. Murid digalakkan untuk membaca terus tanpa mengeja atau membatang
suku kata pada bahagian cerita pendek.
6. Bimbing murid-murid untuk menggunakan buku dan multimedia dalam buku
ini mengikut susunan yang betul.
7. Sekiranya buku ini dicetak, kesemua bahan multimedia dalam buku ini
boleh diakses melalui Qr Code di bawah.
Sekian.