Page 13 - TER Chamang final draft
P. 13
PELAN INDUK PEMBANGUNAN
Pelan Induk Pembangunan adalah satu garis panduan
dan kerangka yang diwujudkan untuk menambah nilai
dan kualiti sistem taman-taman. Pelan ini digunakan
sebagai strategi untuk mempertingkatkan kualiti
pengalaman pelawat di taman. Kebiasaannya, pelan
ini disediakan untuk perlaksanaan bagi tempoh 5-10
tahun. Ciri utama biasanya akan mengandungi DGM –
drawings, graphics dan maps.
Setiap taman yang tersedia (awam/kejiranan, taman bandar dan taman
alam) di Malaysia perlu menyediakan Pelan Induk yang komprehensif
dengan pelbagai kaedah perancangan tapak rekreasi bagi tujuan menilai
keperluan masyarakat dan tahap penawaran sedia ada di sesuatu lokaliti.
Selain keperluan masyarakat, perancangan taman perlu juga mengambil
kira sumber dan kekuatan kawasan berkenaan.
Pelan Induk tersebut disediakan berdasarkan maklumat lapangan yang
dikumpul melalui survei dan sumber sekunder. Dokumen ini akan
mengandungi satu set Pelan Tindakan dengan implikasi kewangan dan
unjuran pendapatan yang lebih komprehensif dan terperinci.
Penyediaan pelan induk pembangunan ini adalah penting kerana pelan
ini merupakan satu usaha sistematik untuk mendapatkan satu panduan
jangka masa panjang pembangunan sesebuah hutan lipur atau juga
taman eko-rimba.
Maklumat asas yang dikumpulkan merupakan rujukan yang paling penting
kerana maklumat ini menggambarkan kedua-dua komponen permintaan
dan penawaran aktiviti rekreasi dan ekopelancongan di hutan lipur atau
Taman Eko Rimba. Seterusnya, hasil usaha projek akan mengangkat
peranan dan sumbangan kepada kawasan terlibat ke tahap yang lebih
tinggi sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi di negara ini.
Matlamat akhir usaha penyediaan Pelan Induk Pembangunan (PiP) ini
adalah untuk menyediakan satu ‘jenama’ yang kukuh dan positif untuk
Taman Eko-Rimba Chamang, Pahang. Pelan Induk ini adalah penting oleh
kerana beberapa faktor seperti dalam Rajah 3.
6