Page 11 - TER Chamang final draft
P. 11

EKOPELANCONGAN DAN REKREASI






                   Ekopelancongan  boleh dianggap sebagai produk ulung
                   yang berjaya meletakkan Malaysia di peta pelancongan
                   dunia.  Inisiatif  pembangunan ekopelancongan  di
                   serata dunia, terutamanya di destinasi terpencil, telah
                   dilaksanakan dengan dua tujuan utama iaitu pemuliharaan
                   sumber       dan      kesejahteraan         ekonomi         masyarakat
                   setempat. Di Malaysia, keunikan pelancongan berasaskan
                   alam semula jadi adalah kelihatan seawal tahun 1996

                   apabila kerajaan mengesahkan Pelan  Ekopelancongan
                   Kebangsaan (Sheena, Manohar, Azlizam, & Aswad, 2013).

                   Pelan  Ekopelancongan  Negara  (2016-2025)  disediakan  oleh kerajaan  bagi
                   menempa jalan untuk memaksimumkan  potensi ekopelancongan  dan
                   memastikan kelestarian  melalui 19 strategi  dan  86 rancangan  tindakan.
                   Seperti yang dinyatakan dalam infografik oleh BERNAMA (2020) ini, tumpuan
                   pelancongan  di Malaysia adalah  ekopelancongan  yang  membantu untuk
                   membezakan penawaran produk dari negara-negara jiran.


                   30 tahun yang lalu, aktiviti ekopelancongan termasuk aktiviti pelancongan yang
                   berkaitan dengan alam semula jadi hanyalah pasaran (niche) khusus dalam
                   industri ini. Walau bagaimanapun, sejak 20 tahun yang lalu, ekopelancongan
                   aktiviti telah bergerak  menuju arus perdana  (Christ, 2007). Pada masa kini,
                   pengembaraan  dan  ekopelancongan  adalah  dua  rekreasi luar  yang  paling
                   penting di seluruh dunia termasuklah di negara ini.

                   Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Malaysia berjaya meletakkan dirinya
                   di antara  20 destinasi teratas  yang  dilawati  oleh pelancong  antarabangsa.
                   Malah,  data  oleh  World  Tourism Organization  pada  tahun  2019, Malaysia
                   adalah  negara  ke  4  menerima  kunjungan  paling  ramai  pelancong  di  Asia
                   dengan ketibaan hampir 26 juta orang.

                   Menyedari kepentingan pelancongan terhadap ekonomi Malaysia, Kementerian
                   Pelancongan,  Kesenian dan  Kebudayaan  (MoTAC)    telah  memperkenalkan
                   Rancangan Transformasi Pelancongan Kebangsaan di bawah inisiatif  National
                   Key Economic Area (NKEA). Rancangan  ini memperlihatkan  kepentingan
                   produk yang berkait rapat dengan ekopelancongan iaitu pelancongan alam
                   semula jadi dan  aktiviti rekreasi  kembara  (nature  tourism  and  adventure)
                   sebagai asas untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi unik di rantau ini.
















                                                                                                                                                                                                                                   4
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16