Page 43 - TER Chamang final draft
P. 43

TINDAKAN 1:


                      ZON PEL U ANG PENGAL AMAN REKRE ASI





                   TER Chamang boleh diakses melalui Jalan Chamang yang menghubungkan taman ini dengan Bandar Bentong dan
                   kawasan pertanian berdekatan.


                   Berdasarkan inventori, seluas hampir 0.4 ha kawasan TER Chamang telah dibangunkan dengan pelbagai fasiliti
                   rekreasi yang moden. Kawasan ini juga telah menerima modifikasi landskap yang tinggi berbanding kawasan-
                   kawasan lain di TER Chamang. Sungai Perting dan Air Terjun Chamang adalah merupakan tarikan utama di
                   taman ini di mana sebahagian besar daripada pelawat berada di sekitar kawasan ini (Peta 11). Selain daripada
                   denai pendakian Gunung Rajah, terdapat juga denai semula jadi yang dikenali sebagai Denai Rimbawan yang
                   menghubungkan kawasan tapak perkhemahan dan kawasan hutan berdekatan.  Bagi penentuan zon pengalaman
                   rekreasi (Peta 12), seluas 61 ha kawasan di dalam Kompartment 31 dan 32 telah dicadangkan sebagai sempadan
                   TER Chamang iaitu 14.5% daripada keluasan kompartment tersebut (420 ha). Penentuan sempadan ini dibuat
                   berdasarkan bentuk muka bumi kawasan yang berbukit dan terletak di kedudukan 160 m a.s.l sehingga 340 m a.s.l
                   (Peta 11). Selain itu, seluas 12 ha daripada kawasan ini dicadangkan sebagai kawasan efektif (20%) iaitu kawasan
                   pembangunan dan aktiviti yang seluas 5 ha daripada zon efektif ini diperuntukkan untuk pembangunan fasiliti bagi
                   pembangunan TER Chamang.












































                            Peta 11: Projeksi kepadatan pelawat pada waktu TER Chamang menerima pelawat paling tinggi



                                                                                                                                                                  Peta 12: Cadangan Sempadan TER Chamang




                                                                                                                                                                                                                                   36
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48