Page 45 - TER Chamang final draft
P. 45
TINDAKAN 2:
MENE TAPKAN PRESKRIPSI PENGURUSAN DI SE TIAP ZON YANG TEL AH DITE TAPKAN
Berikut adalah merupakan preskripsi pengurusan bagi zon efektif
ASPEK PRESKRIPSI PENGURUSAN
Akses atau kemudahsampaian yang ditetapkan bagi zon ini adalah seperti berikut;
1. Sistem Akses;
i. Jalan/laluan berturap
ii. Pelantar laluan disediakan untuk menghubungkan kesemua tarikan dalam zon ini
Akses iii. Denai semula jadi
2. Jenis pengangkutan yang ditetapkan adalah;
i. Pelbagai jenis pengangkutan yang boleh diakses ke zon utama ini
ii. Berjalan bagi laluan berturap dan denai
Penggunaan kawasan bagi zon ini yang ditetapkan adalah bagi tujuan pengurusan pentadbiran, rekreasi dan penyelidikan serta tujuan-tujuan lain yang seiring dengan objektif
Penggunaan kawasan zon
penubuhan taman eko rimba.
Zon ini dirancang untuk dijadikan sebagai kawasan tumpuan pelawat. Infrastruktur dan kemudahan asas yang dibangunkan di kawasan ini perlu bersesuaian untuk menampung
jumlah pelawat di zon ini
Pengubahsuaian landskap kawasan di zon ini adalah seperti berikut;
1. Jenis pembangunan masa hadapan yang dibenarkan di zon ini adalah melibatkan pembangunan fasiliti dan kemudahan yang menyokong tujuan pentadbiran dan pengurusan,
pusat pelawat, penyelidikan, kemudahan-kemudahan penginapan dan akitivti rekreasi yang ditawarkan di kawasan ini.
Pengubahsuaian landskap
kawasan
2. Ketaraan dan tahap ubah suai kawasan bagi zon ini adalah seperti berikut:
– Pengubahsuaian landskap sumber tidak memberi kesan yang negatif kepada rasa, rupa, warna, tekstur dan bentuk struktur fizikal sungai dan air di zon ini.
– Berbanding landskap hutan, pengubahsuaian adalah ketara namun perubahan bentuk muka bumi dan vegetatif tetapi ia harus selari dengan bentuk, garis, warna atau tekstur
landskap semula jadi sekitarnya.
– Melibatkan perubahan landksap yang bertumpu, terkawal dan berintegrasi dengan persekitaran semula jadi kawasan, fasiliti serta kemudahan sedia ada di kawasan ini.
– Penambahbaikan landskap lembut (softscape) di kawasan ini juga harus dengan menggunakan spesies tumbuhan dari lokaliti setempat.
3. Terdapat keperluan untuk menurap/memasang pelantar laluan di zon ini bagi menguruskan impak pengguna
Interaksi sosial di kawasan ini adalah tinggi kerana terdapat pertembungan atau pertemuan (encounter) di antara kumpulan pelawat adalah sangat tinggi (Frequent interparty
Interaksi sosial
encounter).
Kebolehterimaan impak aktiviti oleh pelawat dijangka sederhana berikutan interaksi sosial yang tinggi di kawasan ini. Akan tetapi, kejernihan air sungai, kawasan aktiviti berkelah dan
landskap hutan berdekatan kawasan ini merupakan faktor utama yang menjamin kualiti pengalaman pelawat di kawasan ini.
Jangkaan kebolehterimaan
pelawat terhadap impak
aktiviti pelawat Jangkaan kesan-kesan yang terdapat di kawasan ini adalah seperti:
– Vandalisme seperti contengan/tulisan/graffiti yang ditulis/dilukis di kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan ini.
– Sampah
Berikutan interaksi sosial yang tinggi, regimentasi pengurusan bagi kawasan ini adalah tinggi (strict regimentation) kerana keperluan pengurusan untuk sentiasa berada di zon ini
adalah penting untuk memastikan pengalaman pelawat dapat dimaksimumkan.
Regimentasi Pengurusan
Kaedah pengurusan pelawat di kawasan ini adalah melalui kaedah pengurusan secara lansung (saman dan kompoun) serta kaedah pengurusan secara tidak lansung (prompt,
interpretasi dan pendidikan alam semula jadi).
38