Page 102 - PELAN INDUK PEMBANGUNAN TAMAN EKO RIMBA LENTANG (DRAFT)
P. 102

TINDAKAN 1
                     PEM A S A R A N   M ED I A  SO SI A L


                 Tujuan utama pemasaran

                 menggunakan media sosial adalah
                 untuk menyampaikan maklumat terkini

                 dengan pantas sambil

                 mempertingkatkan presence in mind
                 para pengguna secara berterusan.




                 Bagi media sosial pula, pihak Jabatan boleh bekerjasama sama
                 ada dengan blogger, webmaster dan juga operator
                 pelancongan tempatan (local operators) yang banyak
                 melaksanakan aktiviti penulisan dan juga promosi
                 pelancongan. Kaedah juga perlu dicari bagi merancakkan lagi
                 likes dan re-tweet dikalangan pelawat yang aktif
                 menggunakan Facebook dan Twitters. Ini termasuklah insentif
                 penginapan dan kemudahan bagi mereka yang benar-benar
                 aktif melakukan twit yang mempromosikan taman negeri ini.

                 Media Facebook dan Aplikasi Instagram amat popular
                 dikalangan orang muda - kelompok sasaran utama bagi Taman
                 Eko-Rimba di Pahang. Koleksi gambar pengalaman melawat
                 TER boleh dikongsikan bersama pengikut maisng-masing di
                 media berkenaan.

                 Short Burst Video adalah kaedah kempen promosi
                 menggunakan video pendek (durasi 30 saat - 60 saat) dalam
                 kekerapan tinggi (2-3 hari sekali) dan kini telah menjadi tren
                 bagi memasarkan produk perniagaan. Kaedah yang sama boleh
                 digunakan oleh pihak Jabatan Perhutanan untuk
                 memperkenalkan program-program di TER Pahang. Platform
                 paling popular untuk kaedah ini adalah Tik Tok, SnapChat dan
                 Instagram.


                                                     Bagi tujuan pemasaran Taman Eko-Rimba Pahang, perlu
                                                     diwujudkan satu Pelan Strategik Pemasaran untuk
                                                     memastikan semua tindakan yang perlu dilaksanakan akan
                                                     dapat dilakukan secara selari bagi mencapat matlamat
                                                     yang sama. Secara praktikal, pemasaran melalui media
                                                     sosial ini:
                                                         •   Akan memerlukan kakitangan khusus atau term of

                                                             reference yang memerlukan kemahiran melakukan
                                                             penyampaian mesej melalui media sosial.
                                                         •   Photoshoot Points perlu dicari dan disarankan                                                                           Fasa 1            Fasa 2           Fasa 3
                                                                                                                                                                  Fasa
                                                             kepada para pelawat bagi memastikan mereka                                                           Pembangunan        (2022-            (2025-           (2029-
                                                             dapat mengabadikan pengalaman secara lebih                                                                              2024)             2028)            2031)
                                                             bermakna; ini secara langsung juga akan
                                                             mempromosikan TER dengan lebih meluas dan
                                                             kerap.                                                                                                                                                     96
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107