Page 10 - SP2021
P. 10

 MAKTAB RENDAH
YISHUN INNOVA
Tahun ini, para pelajar MLEP di Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC) telah mempamerkan kelincahan yang mengagumkan kerana di tengah-tengah keadaan COVID-19 yang tidak menentu ini, mereka telah berjaya untuk memulakan semula beberapa akitiviti teras mereka dengan mengenakan langkah-langah penjarakan sosial yang ditetapkan pemerintah. Ketrampilan ini sebenarnya telah membolehkan YIJC untuk terus menggapai aspirasi kami, iaitu untuk membentuk para pelajar MLEP YIJC sebagai pemimpin masyarakat yang menerajui usaha-usaha melestarikan budaya Melayu serta usaha-usaha meningkatkan kesedaran silang budaya di YIJC.
Program MLEP ‘Alive Jom Iftar!’ telah membuktikan kehandalan para pelajar MLEP YIJC menjayakan usaha meningkatkan kesedaran silang budaya dalam kalangan lebih daripada 30 orang pelajar yang bukan berbangsa Melayu. Pelajar-pelajar ini telah berpeluang untuk belajar mengenali dan menulis huruf Jawi, belajar membuat kuih-muih tradisional Hari Raya serta menghadiri majlis iftar bersama rakan-rakan MLEP mereka. Pelajar-pelajar MLEP YIJC juga telah memainkan peranan mereka sebagai duta budaya Melayu dengan jayanya sewaktu Program Dwi-Minggu Bahasa Ibunda. Mereka telah merancang dan menjalankan program tersebut untuk para pelajar H1ML, H2MLL dan MLB Tahun 1. Saya menyanjungi usaha mereka untuk menjalankan kajian demi mendalami budaya Melayu dan meningkatkan keupayaan mereka sendiri sebelum mereka menjadi pemudah cara bagi rakan-rakan mereka. Harapan saya adalah agar usaha sebegini dapat diteruskan. Para pelajar MLEP diperkasakan dengan tugas mendalami budaya Melayu supaya mereka dapat memperkaya masyarakat di sekeliling mereka.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit dari kelas 21S21 yang telah berjaya meraih biasiswa MOE-MLEP. Luqmanul Hakim juga telah diterima masuk ke dalam Program H3 HSSR di NUS untuk subjek Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk tahun 2022. Saya berharap agar Luqmanul Hakim dapat mengikut jejak langkah alumni kami Nur Sayyidah Syahirah Binte Soib yang telah mengikuti program H3 yang sama tahun lalu dan telah berjaya mendapat Gred Cemerlang (Distinction) bagi program tersebut. Sama seperti Luqmanul Hakim, Nur Sayyidah juga merupakan pemegang biasiswa MOE-MLEP iaitu untuk tahun 2019 dan 2020. Tahniah bagi Nur Sayyidah juga! Semoga pelajar-pelajar seperti Nur Sayyidah dan Luqmanul Hakim dapat menjadi suri teladan kepada rakan-rakan mereka dan sentiasa mengibarkan bendera MLEP YIJC dengan bangganya.
Saya juga tidak sabar untuk menyaksikan perkembangan MLEP YIJC pada tahun 2022. Besar kemungkinan, kami akan melebarkan sayap kami dan bergabung dengan Waseda Shibuya Senior High School untuk sebuah program silang budaya pada awal tahun 2022. Ini merupakan peluang baik untuk para pelajar MLEP YIJC meningkatkan lagi usaha mereka sebagai duta budaya dan bahasa Melayu.
Akhir sekali, saya mengiktiraf usaha murni para guru MLEP di YIJC iaitu Cikgu Najmah Sidik dan Cikgu Tetty Juliana yang tidak putus-putus memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan kepada para pelajar MLEP agar mereka dapat terus menjalani program MLEP walaupun dalam keadaan yang tidak menentu ini. Saya percaya bahawa guru-guru ini akan terus memastikan bahawa program MLEP di YIJC tetap dinamik dan relevan mengikut arus semasa.
Mr Michael de Silva
Pengetua
Maktab Rendah Yishun Innova
 08 PRAKATA • YIJC
























































































   8   9   10   11   12