Page 8 - SP2021
P. 8
INSTITUSI
RAFFLES
Bengkel Tulisan Jawi, para pelajar telah mempelajari tentang manuskrip-manuskrip Melayu awal yang tertulis dalam aksara Jawi di samping berpeluang menulis nama mereka menggunakan aplikasi Jawi. Bengkel penulisan cerpen pula telah mengasah kemahiran kreatif pelajar dan mereka telah berjaya menghasilkan 20 buah cerpen yang kami harap akan diterbitkan dan dikongsi bersama semua sekolah.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah menerima Biasiswa MLEP 2021 daripada Kementerian Pendidikan. Mereka ialah Muhammad Nabil Naqiuddin, Hafiz Thariq, Naufal Aiman dan Nur Hanisah. Saya yakin mereka akan terus cemerlang dalam MLEP dan menyumbang bakti kepada sekolah dan masyarakat. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Nabil Naqiuddin and Charly Chandra atas pelantikan mereka sebagai Rakan Bahasa, dan Jason Nathaniel dan Andre Ghazi sebagai Sahabat Sastera. Kedua-kedua pelantikan ini adalah daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura. Saya berharap mereka akan menyumbang secara aktif dalam pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya di Singapura.
Saya juga ingin berkongsi bahawa pasukan bahas RI yang terdiri daripada Eshvinjeet Kaur, Naufal Aiman, Nurul Huda dan Nyx Audrey telah muncul sebagai juara dalam Pertandingan Bahas 4PM anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Eshvinjeet Kaur dan Naufal Aiman juga muncul sebagai 10 pembahas terbaik bagi keseluruhan pertandingan ini. Tahniah kepada pelajar Raffles atas pencapaian mereka yang cemerlang!
Kohort pertama MLEP di RI telah menghadiri majlis wisuda pada Ogos 2021. Melalui MLEP, mereka telah mempelajari banyak ilmu dan perspektif baharu tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Mereka juga lebih memahami cabaran dan aspirasi masyarakat Melayu. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar MLEP untuk pengajian mereka selanjutnya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru MLEP yang cepat membuat penyesuaian semasa situasi Covid-19 terutama mengubah beberapa aktiviti daripada sesi bersemuka kepada sesi dalam talian dan sesi hibrid. Terima kasih guru-guru kerana mendakap norma baharu dan memastikan pelajar kami boleh terus belajar dengan cara-cara yang bermakna semasa pandemik ini.
Auspicium Melioris Aevi.
Encik Frederick Yeo Pengetua
Institusi Raffles
Tahun 2021 merupakan tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) di Institusi Raffles (RI). Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel bahasa, sastera dan budaya, sesi dialog bersama pemimpin daripada pelbagai bidang, dan pelibatan masyarakat melalui kerjasama sekolah dengan badan-badan luar untuk pelbagai inisiatif.
Sebagai contoh, Bengkel Melukis dan Mencanting Batik telah memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu tentang corak halus batik dan falsafah di sebalik setiap corak. Melalui
06 PRAKATA • RI