Page 24 - SP2021
P. 24
ERTI SENYUMAN WANITA
Alya Afiqah Binte Azman
Senyuman seorang wanita Bermula dengan anak patungnya Pakaian pelbagai warna
Serta tiara yang bersinar cerah
Senyuman seorang wanita
Ubah menjadi huruf A
Yang mencorak buku biru bersaiz A5 Serta trofi emas
Yang menghiasi dinding rumah
Senyuman seorang wanita
Tidak bergantung pada lelaki
Ia bergantung pada peluang
Untuk memperjuangkan impian hati
Senyuman seorang wanita
Adalah anak-anak yang ingat syurga mereka di mana Yang tidak mudah berputus asa
Dan dapat berjaya dunia akhirat
Senyuman seorang wanita
Pada waktu-waktu senjanya
Hanya perlukan ketentuan bahawa Pemergiannya dalam husnul khotimah
Senyuman seorang wanita Sungguh indah bak mutiara Amat berharga bak permata Menyalakan hidup anda
Bak bintang di luar angkasa.
ODE UNTUK IBU
Nurfarzana Binte Omar
Matahari menyembunyi, bulan mengambang, Langit mula rendah, hujan tak terhenti, Mulalah semua dengan pantasnya datang,
Si pencemar minda telah tiba lagi.
Berbicara dengannya dalam kekelaman, Perasaan utama pastinya benci,
Tidak pernah kufaham ertinya aman, Tercetuslah peperangan dengan diri sendiri.
Hilangkan rengsa pada diriku oh tuhan, Hapuskan dia yang kuanggap maling,
Maling yang telah merampas kesiuman, Maling yang menyamar sebagai pendamping,
Kesusahan orang siapa yang tahu,
Ini masanya aku mencari bantuan, Kebahagiaan wujud dalam pelbagai rupa, Tidak boleh aku sengaja lupa.
Datangnya pula cahaya hidupku,
Siapa lagi jika bukan ibu,
Insan yang membawa kehidupan,
Insan yang memberi kesenangan kepada kehidupan.
Penyabar, penyayang, pemaaf,
Dialah ibuku, pendamping sebenar aku. Kebahagiaan yang abadi kerana;
Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.
22 SAJAK • JPJC