Page 25 - SP2021
P. 25
NAMA AKU KEBAHAGIAAN
Muhammad Haikal Bin Mohamad Zahar
Oh Manusia,
Pelik sungguhnya kau
Kau ada mata yang sempurna Tetap kau buta
Setiap hari kaumenunda-nunda Masih berani kaumenyoal,
“Di manakah engkau?”
Kau hanya melihat apa yang kau tiada Dan menjeling kepada apa yang kauada, Tanpa rasa syukur sekelumit pun Mungkin kau berjaya,
Kejayaan tanpa kesyukuran
Hanya meluaskan jarak antara kita
Asyik kau memandang belakang,
Berpegang pada kesilapankau dahulu Sehingganya kau berlari dariku
Bagaimana engkau hendak mendapatkan aku Jikalau mata kita tidak pun bertemu
Oh Manusia,
Memang aku yang diimpikan dan dikejar kamu Ada yang telah berjaya
Menggenggam aku dalam tapak tangan mereka, Tetapi ramai yang tercungap nafas
Hanya untuk cuba menyentuh bulu romaku
Kebahagiaan kau namakan aku
Hanya satu inci sahaja antara kita
Hampir setiap saat aku hulurkan tanganku kepada kamu Sukar sangatkah untuk menangkap aku?
HAK KITA SEMUA
Alya Afiqah Binte Azman
Siapa kata
Orang Melayu malas
Mereka semua sudah mula bekerja Sebelum matahari mengambil giliran bulan Sebelum awak sedar daripada lamunan
Siapa kata
Awak berhak mengguris kalbu
Rakan kamu
Hanya kerana sakunya tidak diisi penuh sepertimu
Siapa kata
Kaum lelaki lebih gagah
Wanita yang telah memberikan kamu Nafas pertama di atas bumi permatamu
Siapa kata
Anak itu boleh lihat
Syurganya menjadi api neraka Kerana dunia tidak mahu menolong menyelamatkannya
Mungkin dunia ini
Boleh bersinar lebih cerah
Boleh senyum lebih lebar
Jikalau kita semua
Kaburkan garis
Yang mengasingkan kita semua.
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 23