Page 26 - SP2021
P. 26

  BUNGA-BUNGA
YANG TIDAK
DITERIMA
Rukhsana Bi d/o Abdul Wahid
Telapak tanganku kasar, jari jemariku berdarah Tanpa aku sedari, matahari terbenam sudah
Seharian,
Aku membalut luka-luka
Dari satu wad ke satu wad aku melangkah
Seorang lagi telah rebah, kalah kepada musuh tiada rupa.
Aku salin semula PPE, aku memakai pelitup
Aku minum air membasahkan tekak, mengalas perut kosongku
Hais...aku mengeluh.
Aku penat, sedih, keliru
Tugas yang aku galas ini satu tanggungjawab Aku yakin yang itu
Tapi
Tapi
Tapi
Bolehkah aku membantu negaraku? “Susah-susah nak jadi jururawat kenapa?” suara kecil berbisik lagi.
Aku melangkah longlai ke perut gerabak MRT Banyak mata mengerling ke arah aku
Aku ditinggalkan seorang
Kosong kiri dan kananku
Mataku pula jatuh pada seragam hospital Kerjaya yang aku kejar bertungkus-lumus Tidak memberi aku bunga-bunga yang aku sangat idam-idamkan.
BELANGA KEHIDUPAN
Arifah Zaidi
“Ini bahan-bahannya, masukkanlah”
Kunyit, ketumbar, lada
Kesemua ronanya berbeza
Belanga membaurkan rempah Persis kehidupan mengaduk sahsiah
Manusia mengulit perjuangan Meniti peta petualangan Kabur ditelan kerakusan Caturan minda tidak keruan
“Ini senduknya, gaullah”
Yang masa dini berbeza,
Masa kini kian berpadu
Anasir mengheret tingkah laku Pegangan diusung hembusan bayu Masa lini? Entah siapa yang tahu
“Itu gumpalan asap, matikanlah!”
Berbuih tak semestinya mendidih
Mungkin sahaja bendasing atau kekotoran di dalam belanga tidak diselenggarakan Api lekas dihapuskan
Cemas kepulan asap berbebaran Bebahangnya mengasak kesedaran
Masih mentah bahan-bahan-
Atma bergejolak dek kedunguan
Jiwa hancur lumat menggeletak di persisiran
Hamparan hati menggali jati diri
Pegangan diri beransur pergi
Kehidupan tanpa pegangan bagai urat tidak bernadi Hanya kekontangan jiwa bersemi.
24 SAJAK • JPJC • NJC























































   24   25   26   27   28