Page 37 - SP2021
P. 37

 HITAM
Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit
Hanya kerana warna kulit
Pupus ukhuwah manusia ditimbus Orang hitam diperbudak, dieksploit Hanyut dalam gelora ikatan tandus
Hitam persis keremajaan
Uban dicabut, hitam disimpan
Orang Asia dikurniakan rambut hitam Hari tua barulah putih, hitam terpadam
Hitam persis kematian
Ungkap hormat dengan hitam
Jemputan illahi tiada bertanda
Heningan hidup bukan abadi, mencengkam Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak
Hitam mewarnai malam seluas lautan Ufuk barat menjingga hingga kehitaman Omelan cengkerik bak denyutan alam Ufuk timur menjingga dari kehitaman Hitam dicari pembawa kedamaian.
Hitam berputik dalam sanubari
Diumpan syaitan jahanam, nafsu tersergam Mata buta pada peta hakiki
Hujah para ulama disenarai hitam
Pelosok onak sarat berduri
Hitam jangan dikecam Hitam jangan disisihkan Hitam jangan digelakkan Hitam jangan dilupakan.
MELAYU DI SINGAPURA
Mohamed Mustaffa Bin Abdullah
Aku memang dari benua Asia,
Tapi bangsaku bukan Cina atau India. Aku memang dari Asia Tenggara, Tapi negaraku bukan Malaysia.
Walaupun serumpun dalam Nusantara, kami berbeza,
Kami berbicara bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia,
Mereka melaungkan Merdeka! Merdeka! sama seperti kami yang juga tidak diperhamba Mereka berlambangkan harimau tapi kami berlambangkan singa.
Walaupun bilangan kami merosot Suara kami masih lantang berjuang, budaya kami tetap tegak dijulang
Malas, iri hati, ganas, dungu. Itulah kami kepada kamu. Padahal nenek moyangku Sudah lama
Bertapak terlebih dahulu.
YIJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 35







































































   35   36   37   38   39