Page 35 - SP2021
P. 35

 BAB YANG TIDAK TERPUTUS
Diyana Farihah Binte Zaidi
Nur Syifa Binte Mohamed Fadzly
3 28
Berlari-lari adalah satu keseronokan
Dapat makan apa sahaja pada bila-bila masa Tiada sekatan
Tiada halangan
Cuma aku sebagai diriku
Tanpa mempedulikan masa hadapanku
Aku selalu mahu membesar
Dalam usaha mencari kebahagiaanku
16
Ujian demi ujian demi ujian
Apa gunanya semua ini?
Makan. Tidur. Belajar. Ulang.
Di mana kebahagiaan yang aku inginkan?
Di mana kebahagiaan yang dijanjikan apabila aku menginjak dewasa?
Aku selalu mahu membesar
Dalam usaha mencari kebahagiaanku
Tetapi sekarang, semuanya kelihatan suram Adakah aku membuat keputusan yang tepat? Adakah aku yang mencampakkan diriku dalam lembah kesedihan ini?
Rakan sekerja tidak bekerjasama,
Majikan sering mendesak
Wang adalah segalanya
Lingkaran keluarga dan rakan terus bertambah Namun,
aku berasa sangat kecil dalam persekitaran ini Ketidakpastian...banyak soalan daripada jawapan Semua orang bergantung pada aku
Bolehkah aku dapat memenuhi harapan mereka? Adakah aku seperti yang mereka mahukan?
Aku telah dewasa
Tetapi belum terasa lagi secubit kebahagiaan Ku masih mencari...
70
Sekarang, kedutan demi kedutan ialah hiasan diri Berumah tangga dan disayangi
Segala rintangan dan cabaran sudah dilalui
Episod terburuk dan terbaik juga telah diharungi Adakah ini kebahagiaan yang aku idam selama ini? Adakah ini yang sebenarnya aku ingini?
Aku sendiri tidak pasti
Sekadar meniti sisa-sisa hidupku kini...
TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 33
































































   33   34   35   36   37