Page 33 - SP2021
P. 33
JENDELA
Nur Humairah Binte Jamaludin Bawany
Titisan hujan
Seolah-olah mengaburkan jendela Jendela manusia
Jendela dunia
Hak manusia ditarik Dipijak
Diludah
Letupan bom Rumah runtuh Mohon tolong Bergema sahaja
Mengalih ke tempat lain pula
Teriakan perlahan namun berkuasa
Nafas tercungap-cungap akibat
Lutut menekan kerongkong
Menekan
Menekan
Menekan
Yang berkuasa mengilai ketawa
Sisa-sisa perhambaan masih bermaharajalela
Berbeza bukan sebegitu berbeza Mangsa tragedi, lain rupanya Namun terserlah isu yang sama Keadilan yang dinantikan
Tidak pernah digenggam
Terlepas
Tercicir sahaja;
Kerana penindas yang dahaga kuasa
Tibanya masa
Mengelap jendela
Sengaja membutakan diri sendiri Timbullah kejahilan
Memalukan nama
Tibanya masa
Meraih ilmu
Demi menolong
Demi menguatkan suara Mangsa tragedi yang sejauh ini Melolong TOLONG!
Hanya bergema.
MANIS KEHIDUPAN
Iffah Amirah Binte Ahmad Ithnin Nur Raudhah Bte Mohamed Sanif
Awalnya dirasa
hidup seperti kanvas yang dicat hitam hitamnya gelap
seperti gua yang tersembunyi merimaskan
menakutkan
Hanyalah apabila kaki menjejak ke luar sekelumit cahaya mula menerpa semua persoalan terjawab akhirnya muka yang dahulunya suram dan tiada bercahaya
Kini terukir senyuman yang menghidupkan jiwa
Kini baru dimengerti
dunia ini bukan kelam dan sunyi dunia ini sebenarnya dilimpahi rezeki ada yang jelas, ada yang tersembunyi
Janganlah sesekalipun abaikan apa yang sudah tersedia
jika bersyukur dan terbuka sudah pasti
kemanisan kebahagiaan akan dirasai.
TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 31