Page 32 - SP2021
P. 32

  LANGKAH
Nur Metalynn Bte Rizal
Masa yang dihargai
Peluang yang diinginkan
Namun bagaimanapun
Masa silam tidak boleh dipulangkan
Rancangan yang dibatalkan Pertemuan yang terlepas Semakin lama
Semakin cemas
Tapi apa yang diperlukan Bukanlah masa
Bukanlah peluang
Tapi percubaan setiap pihak Dalam masa yang akan datang
Kerana dalam masa hadapan Terdapat kuasa
Kuasa untuk mengubahkan dan mencerahkan
Dan apa yang terpendam Masa silam
Patut dijadikan pengajaran Bukanlah beban.
SATRIA BANGSA
El’yez Mu’Arif
Siapakah itu yang bangkit dengan penuh pasti Bagai mentari yang terbit pada waktu pagi? Siapakah insan di sebalik topeng itu Seolah-olah menyembunyikan identitimu?
Pedangmu itu ialah semangatmu Demi mempertahankan amanahmu Perisai itu ialah imanmu
Demi memperkasa kesetiaanmu
Biar lamunan
ataupun kebenaran
Kehadiranmu dalam hidupku Mencetuskan harapan untuk terus Menderu maju
Wahai satria bangsa
Yang mendakap persaudaraan akrab, Kamulah insan yang dihormati
Insan yang ramai segani
Siapakah kamu?
Tanya si pengembara itu Jawapnya tetap,
Aku adalah SATRIA BANGSAKU.
30 SAJAK • RI • TMJC





































































   30   31   32   33   34