Page 34 - SP2021
P. 34

  SI BAHAGIA
Muhammad Khidhir Bin Mazharul Yusoff
Oh Bahagia
Aku temui kau pada saat gembira Aku temui kau dalam suka ceria
Tetapi ...
Tahun ini kau hilang entah ke mana
Hidup menjadi huru-hara
Kerana wabak tak boleh kuberaya Singgah rumah nenek pun menjadi bahaya
Hatiku terasa sepi sahaja
Zoom sini zoom situ
Aku tetap tidak dapat bertemu dengan kawanku
Oh Bahagia
Adakah masa ini kau tiada?
Mengapakah bersembunyi?
Jelmalah sudah
Oh Tuhan...
Aku berserah
Hapuskanlah wabak ini segera
Agar dapat aku bertemu dengan rakanku Si Bahagia.
ANAKMU
Zulhaira Nafira Binte Ra’afie
Aku juga anakmu
darah yang mengalir dalam tubuhku sama dengan darah yang mengalir dalam tubuhmu
dan tubuh adik-beradikku
Aku juga anakmu
yang dicampak-campak oleh dirimu kejayaan mereka dibangga-banggakan kemenanganku kauketepikan
Aku juga anakmu
Mana kasih sayang yang aku dambakan hatiku kautusuk
semata-mata ingin menyenangkan anak- anakmu yang lain
Aku juga anakmu
Pernahkah kamu fikirkan perasaanku Pernahkah kamu meletakkan aku sebagai kewajipan atau tanggungjawabmu Pernahkah kamu memikirkan tentang aku yang selalu memikirkan kamu
Aku juga anakmu
ingin merasakan cinta daripada kamu menanamkan diriku dalam belaianmu.
32 SAJAK • TMJC

































































   32   33   34   35   36