Page 36 - SP2021
P. 36

  KAKAK
Nur Fifi Syadzwina Binte Mohamed Sulaiman Zulhaira Nafira Binte Ra’afie
Tidak pernah kudengar
kau memanggil aku adik
Hanya sindiran tajam dihilir yang menyusup ke dalam hatiku
Kakak
setiap hari aku
menunggu kesempatan
untuk berada di sisimu
untuk berbicara dengan kamu
untuk mendengar kata-kata manis daripada kamu
Namun semua yang kuinginkan
hanya mimpi indah yang terlalu tinggi untuk aku capai
Kakak
pernahkah kamu menjalankan tugasmu sebagai kakak yang sebenar?
setiap hari aku berasa seperti berjalan atas serpihan kaca
mengejar kasih sayangmu yang tidak pernah akan dapat aku rasa
Kakak
aku perlu sokonganmu
aku ingin mempunyai sosok seorang kakak yang tulus
tulus sungguh menyayangi aku
aku ingin kita berbaik
dan mempunyai hubungan serupa
air dicencang tiada putus
kerana darah sama yang mengalir dalam badan tidak dapat dinafikan
suratan yang sudah ditulis tuhan bagi kita berdua
Kakak
jika ditulis ajalku pada hari ini
adik mohon dapat mendengar daripada kamu memanggil aku
adikmu yang sungguh menyayangi kamu.
ERTI KEHIDUPAN
Elie Salsabilah Binte Ali
Dalam setiap nafas, adanya kehidupan Setiap kehidupan, dipenuhi pengertian
Setiap ihsan,
bertujuan
Setiap perbuatan,
pasti meninggalkan kesan
Apakah erti kehidupan,
Jika kita menjadi penyebab kemusnahan Apakah tujuan kehidupan,
Jika kita hanya memperburuk keadaan
Penyakit, peperangan, perubahan iklim, Adakah kita yang memulakan?
Jika benar
Apakah kesan yang patut kita rasakan
Adakah kehidupan sebuah silap mata, Yang mempermainkan pemikiranku Adakah kehidupan sebuah dusta, Yang mempermainkan perasaanku
Pahit maung kehidupanku,
Aku terus berjuang selagi hayat dikandung badan Pedih pilu keadaan hatiku,
Aku terus berjuang selagi aku berdaya
Selagi aku mampu menitipkan doa kepadaNya, Mengharapkan penyelesaian entah bila
Kaya atau miskin,
Semua insan menghadapi gelombang sendiri
Kuat atau lemah,
Semua insan mendaki bukit-bukau harapan sendiri
Jadi, apakah maksud taraf kehidupan, Jika pada akhirnya semuanya akan hilang daripada pandangan
Jadi apakah maksud kehidupan,
Jika akhirnya kita kembali kepada Tuhan
Kepada Tuhan, di alam berlainan.
34 SAJAK • TMJC • YIJC










































   34   35   36   37   38