Page 31 - SP2021
P. 31
HIDUP SUATU PERJUANGAN
Terence Tan Chun Fai
Wahai teman seperjuanganku Perjuangan kita sudah tuntas Cabaran kita sudah berlalu Kesempatan ini tidak boleh terlepas
Ayulah berjuang demi sesuatu Meski berbeza namun bersekutu Bersama yakin dan juga padu Mimpi terkabul terus dicumbu
Berusaha bersama wahai taulan Bersama derita walau terdesak Engkau nasihati aku erti kehidupan Aku ingatkan kamu erti perjuangan
Senang susah tetap berjuang
Nasib di atas tangan perang
Perjuangan perlukan pengorbanan insan Selagi tak menang, usah pulang
Biar berputih tulang.
BULAN DAN BINTANG
Muhammad Wisnu Darmawan
Permata yang terindah
Kilauan terpancar megah Bulan bintang mengaku pasrah Sempurna tak ada cela
Dari segala arah
Mata ini telah terpikat Hati ini terlanjur terikat Fikiran yang dulu celaru Berubah seindah kalbu
Namun sayangnya
Terdapat satu kuasa
Maha dahsyat dayanya
Sanubari yang bergelora
Seketika dipenuhi tangis dan lara Kerana iman dan amin yang berbeza
Marilah menjadi bulan dan bintang Saling memancarkan sinar kasih sayang Walaupun sudah terbayang
Cinta yang ada hanya patut dikenang.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 29