Page 29 - SP2021
P. 29

 AKU
DIDEWASAKAN
BKK
Dyan Nurqaisara Bte Nurzahar
BERMULA
Terpancarlah tasik tidak
bernama terapung-apung dibawa arus Nasihat Basiran muncul di minda
akan kusesat jika tidak bertanya (SPSPSR) dayung ditarik, lagi ditolak
Terlihat wanita di persisiran
malam bantulah aku yang masih lemah
Sa’eda mengajar ilmu cahaya terterang (PDRS)
Buku pemberiannya aku baca
namun, bulan memudakan malam
Aku mengeluh kerana tambahlah susah
namun Taha melaung jangan berputus asa (Pendakian) Siluetnya di bukit bersebelahan
menandakan aku tidak berseorangan
Saedah pesan meluahkan kerisauan
agar tidak hanyut kerana sesakan (SMJ)
TENGAH
Kilauan suria menjadi sorotan
perahu pecah dan si pemuda
Ayuh bersimpatilah, bisik Jamal
agar tidak terhakis nilai kemanusiaan (Yang) Aku mengajaknya ke atas perahu bersama-sama kami mendayung ombak bergelora menyapu segala daya
Latiff percaya cabaran pemangkin ketabahan (Api)
Tercampak kami di pulau misteri seekor musang mula bersuara Ikutilah aku, seronok di sini
Jangan terpedaya tegas Rasiah (Dalang : Episod 3) bulu ayamnya memberikan sangsi
matanya terpaku ke perahu mati Jauhilah menjadi mangsa si licik petua Hamed tidak aku lupai (AUD)
AKHIR
Simpanlah niat baik, aku ucapkan musang
tunduk seribu kesalan memaafkan penyelamat hubungan Saffri mendidik, mengubah kesilapan (CHS)
tatkala mencari arah baharu
Kami bertiga mula berkenalan mempelajari dari satu sama lain sepertimana Rohman galakkan (Titik Pertemuan)
Mungkin letih, lapar dan dahaga
Mungkin sumber semakin terbatas
Api semangat masih membara
tulisan Ahmad meneruskan perjuangan (Jago) Dewasa ini aku di laut, sudah pergi
jauh dari tasik asal yang aku rindu sekali Perjalanan ini akan aku kenang kembali
kerana Kamaria pentingkan akan jati diri (ATKL)
Dari permulaan
hingga halaman terakhir BKK mendewasakan aku.
PENJAJAHAN
Imanina Bte Mohamed Zalaini
Raja dunia kesat mengecam
Sabarlah, cari nur jauhari
Kerana jauharilah mengenal manikam Nikmat mulia setia menanti
Nyalakan obor hati Dan lepasi jajahan diri Yang kini, dini dan lini Serahkan kepada Ilahi
Bangunlah wahai belia Dengan semangat mengapi Perjuangkan demi bangsa Demi kemerdekaan hakiki
Ingatlah tokoh negara Hayati sahsiah sejarah Berkat teladan yang ada Wahai belia janganlah alpa.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 27


















































   27   28   29   30   31