Page 4 - SP2021
P. 4
TIMBALAN
PENGARAH
Pada 14 Ogos 2021, para pelajar MLEP serta guru dan pelajar dari maktab rendah dan sekolah menengah telah berpeluang menghadiri Siri Ceramah MLEP dan menimba ilmu daripada Dr. Imran Tajudeen, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Komunikasi dan Media Baharu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Dr. Imran telah membincangkan topik Belia, Budaya & Identiti: Membina Kesedaran Sejarah yang Kritis. Walaupun siri ceramah ini diadakan menerusi sidang video Zoom, perbincangan yang rancak tetap berlangsung semasa sesi tanya jawab. Pelbagai soalan telah diajukan oleh para pelajar yang amat teruja dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan yang diperoleh tentang sejarah penamaan tempat-tempat di Singapura dan sejarah perkampungan masyarakat Melayu di Singapura.
Para pemegang biasiswa MLEP pula berkesempatan untuk berinteraksi dengan Puan Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen Kementerian Perhubungan dan Penerangan & Kementerian Kesihatan pada 24 Ogos 2021. Saya kagum akan keupayaan para pemegang biasiswa kerana berani mengajukan soalan-soalan berkaitan isu semasa yang agak mencabar kepada Puan Rahayu. Saya amat berbesar hati melihat para pemegang biasiswa yang bakal menjadi pemimpin pelapis kita, begitu yakin menyuarakan soalan, pendapat dan cadangan mereka. Tentu sekali ini menunjukkan bahawa mereka prihatin dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka, baik yang menjejaskan Singapura mahupun seluruh dunia. Dengan sikap proaktif dan keyakinan diri yang tinggi ini, diharapkan agar mereka akan berjaya pada masa hadapan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Tahun 2021 juga merupakan tahun pelaksanaan Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2MLL) yang baharu. Subjek H2MLL merupakan subjek teras bagi MLEP yang menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam MLEP. Dalam sukatan pelajaran yang baharu ini, selain sastera moden, para pelajar MLEP juga berpeluang mempelajari sastera tradisional, iaitu menerusi genre syair. Sejajar dengan ini, program penyerapan yang diadakan pada 29 November sehingga 1 Disember telah disokong oleh teks kesusasteraan
02 PRAKATA
Tahun 2021 telah menyaksikan ketabahan para pelajar dan pendidik kita mengharungi keadaan pandemik untuk tahun yang kedua. Ruang siber telah menjadi medan perjuangan untuk menabur dan menimba ilmu serta menjalani pelbagai aktiviti bersama-sama. Saya bangga menyaksikan semangat para pelajar yang tidak pernah luntur. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan minda terbuka dan bersifat proaktif dalam menjalani kesemua aktiviti MLEP yang diadakan secara dalam talian.