Page 5 - SP2021
P. 5

 yang baharu, Titik Pertemuan, yang memuatkan beberapa buah puisi. Para pelajar telah mengikuti bengkel penghayatan sajak oleh seorang penyair Indonesia, Saudara Ferdinandus Moses dan telah dilatih untuk mendeklamasikan sajak-sajak yang terdapat dalam buku teks yang baharu itu. Tambahan lagi, buat julung- julung kalinya, bengkel penterjemahan yang dijalankan oleh Dr. Nazry Bahrawi pada hari terakhir program penyerapan, telah memperkenalkan strategi-strategi menterjemahkan teks kesusasteraan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, kepada para pelajar MLEP. Program penyerapan pada kali ini juga membawa para pelajar ke Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) secara maya. Pelbagai ilmu tentang kearifan lokal telah dikongsikan oleh Dr. Mohd Faizal Musa dan beberapa pensyarah di sana. Seterusnya para pelajar juga berkesempatan berinteraksi dengan dua orang pemimpin masyarakat dari Kepulauan Cocos. Pengalaman ini telah memberikan peluang kepada mereka untuk merenung dan membuat perbandingan antara Pulau Cocos dengan Singapura terhadap kesan kemerosotan penggunaan bahasa Melayu. Saya yakin dengan perbincangan dan renungan yang diadakan selepas setiap sesi, para pelajar telah meraih banyak ilmu dan mempertajam pemikiran mereka terhadap bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
Akhir sekali, saya telah menyisipkan dua rangkap syair, karya Pak Tenas Effendy yang terdapat dalam buku teks yang baharu sebagai pesanan kepada para pelajar untuk terus menghayati dan mengamalkan nilai, adat dan budaya Melayu. Sebagai golongan pelapis, adalah tinggi harapan kami agar para pelajar MLEP terus maju dan terus berusha untuk mempertahankan bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu demi generasi masa hadapan.
Ke generasi muda kita beramanah Merebut peluang janganlah lengah Dalam bersaing hendaklah tabah Supaya Melayu hidup bermaruah
Ke generasi muda kita berwasiat Kembangkan budaya teguhkan adat Tahu berhitung bijak berhemat Supaya sejahtera dunia akhirat
(Syair Nasib Melayu oleh Tenas Effendy, daripada Antologi Titik Pertemuan)
Puan Salbiah Abas
Timbalan Pengarah
Cawangan Bahasa Ibunda Kementerian Pendidikan Singapura
SAUJANA PUJANGGA 2021 03


























































































   3   4   5   6   7