Page 40 - SP2021
P. 40
Sumbangan Bermakna Sebagai Duta Bahasa RVHS
Lutfi Bin Semarluki
Muhammad Haikal Bin Mohamad Zahar
Pada tanggal 8 dan 15 April tahun ini, Maktab Rendah Jurong Pioneer (JPJC) telah berkolaborasi bersama Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) untuk menganjurkan program Duta Bahasa. Melalui program ini, pelajar-pelajar MLEP JPJC diberikan peluang untuk berinteraksi dengan para pelajar Menengah Dua RVHS yang mengikuti Program Khas Bahasa Melayu (MSP), iaitu sebuah program untuk pelajar bukan Melayu mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga.
Program ini bermula pada pukul 4:30 petang melalui platform ‘Zoom’ di sekolah masing-masing. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dianggotai oleh tiga orang pelajar MLEP dan kira-kira 20 orang pelajar RVHS.
Sebagai pelajar MLEP, kami ditugaskan untuk mengenalkan beberapa aspek budaya Melayu kepada para pelajar RVHS. Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan diri dari kedua-dua sekolah dan diikuti dengan perkongsian slaid yang telah disiapkan. Antara topik-topik yang dikongsi adalah tentang makanan Melayu dan cara memasaknya, aktiviti seni, permainan tradisional dan pakaian tradisional Melayu.
Sesi Tanya Jawab diadakan untuk memberikan peluang kepada pelajar bertutur dan menanyakan soalan tentang topik-topik yang disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu yang mudah. Walaupun ramai antara mereka merangkak-rangkak untuk menggunakan bahasa Melayu, mereka tetap berusaha untuk mencuba.
38 DIARI • JPJC