Page 41 - SP2021
P. 41

  Semangat mereka itu menyemarakkan lagi semangat kami untuk menjawab pertanyaan mereka dan membetulkan penggunaan bahasa Melayu mereka.
Walaupun program ini hanya diadakan selama dua minggu sahaja, kami tetap berasa puas kerana dapat berkongsi dengan pelajar-pelajar berbangsa lain tentang bahasa dan budaya Melayu. Kami bangga dengan kesungguhan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan keinginan mereka untuk mengetahui amalan budaya orang Melayu. Melalui perkongsian ringkas kami ini, kami sedar akan kepentingan mempelajari bahasa dan budaya lain. Tentunya, dengan mengetahui bahasa dan budaya masyarakat lain, kita dapat meningkatkan pemahaman dan membina semangat setia kawan lagi-lagi dalam kalangan masyarakat majmuk di Singapura. Pastinya, dengan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga, para pelajar ini bakal berkebolehan untuk bertutur lebih daripada satu bahasa dan ini memberikan peluang kepada mereka untuk memahami adat, kesenian, sastera, sosio-budaya, dan sejarah dan alam kehidupan penutur jati bahasa Melayu.
Sebagai tuan rumah bagi program ini, kami juga telahdapatmeraihmanfaat.Kamitelahmemahami bahawa apa yang kita anggap sebagai suatu kebiasaan mungkin merupakan suatu yang asing bagi orang berbangsa lain. Ini berpunca daripada perbezaan kepercayaan dan amalan harian kita. Program ini telah menjadi sebuah pembuka mata kepada kami kerana pengetahuan kami tentang budaya dan bahasa ibunda kami sendiri tercabar. Kami juga perlu membuat penterjemahan mudah yang sesuai dengan konteks dan tahap pemahaman pelajar-pelajar itu. Bukan mudah sebenarnya! Namun demikian, kesedaran kami terhadap keunikan budaya dan amalan Melayu juga muncul dan kami sekarang menghargai keindahan bahasa Melayu dengan sepenuhnya.
Program ini sangat berguna kerana telah mengajar kami beberapa kemahiran yang dapat kami gunakan dalam sekolah serta dunia pekerjaan pada masa hadapan. Pertama, penglibatan dalam program ini melatih kami untuk menggunakan pelbagai strategi dalam penyampaian agar para pelajar dari RVHS dapat memahami kandungan yang hendak disampaikan dengan lebih jelas. Strategi penyampaian yang dimaksudkan sini merujuk kepada cara penyampaian, reka bentuk slaid dan juga kosa kata yang digunakan. Faktor- faktor ini sangat penting untuk memastikan para pelajar RVHS tidak bosan dan tertarik untuk mengambil bahagian dalam program ini. Kemahiran untuk menggunakan pelbagai strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah ini sangat penting dalam dunia pekerjaan kerana kita bakal bekerja dengan orang-orang yang datang dari pelbagai latar belakang yang pastinya mempunyai perspektif yang berbeza-beza tentang sesuatu. Ini secara langsung mendidik kita untuk menyesuaikan diri apabila berdepan dengan situasi-situasi yang berbeza-beza.
Program perkongsian ini sebenarnya ialah satu wadah yang baik dalam mengekalkan keharmonian kaum di Singapura. Program ini boleh meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang budaya Melayu serta menangani masalah kesalahfahaman atau kesalahanggapan mereka terhadap beberapa amalan budaya Melayu. Kesimpulannya, kami amat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar RVHS dan pada masa yang sama membuktikan kebolehan kami untuk merancang dan melaksanakan program sebegini. Tidak dapat dinafikan bahawa program-program ini mampu meningkatkan ilmu pengetahuan kami tentang budaya sendiri serta kemahiran untuk mengendalikan sebuah program. Secara tidak langsung, ini juga platform untuk kami menyumbang kepada masyarakat tatkala kami mendedahkan pelajar-pelajar berbangsa lain tentang budaya kami.
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 39





























































































   39   40   41   42   43