Page 42 - SP2021
P. 42

 Peraduan 3T Disambut
Hangat Biar Pandemik
Masih Menyengat
Arifah Zaidi
Haidah Fikriyah Mohd Yazid
 Burung undan burung tempua, Hinggap berehat di pohon kayu; Pelestarian Bahasa peranan semua, Belia bersatu bahasa maju.
Peraduan 3T (Terjemah. Tutur. Tepat) merupakan projek tahunan anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (MCS) Maktab Rendah Kebangsaan (NJC), untuk para pelajar sekolah menengah di Singapura. 3T bertujuan menggamit potensi para pelajar dalam penterjemahan dan mempertingkatkan kemahiran kedwibahasaan mereka. Selama enam tahun berturut-turut, 3T menerima sokongan dana daripada Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) di bawah naungan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI). Sementelahan pula, kami amat berbesar hati kerana berpeluang mengundang Puan Isadhora
Mohamed, seorang karyawan penyiar yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang penyelia penyunting di saluran CNA 938 Mediacorp, selaku tetamu kehormat. Profesor Madya Dr. Mohd Mukhlis bin Abu Bakar, seorang profesor di NIE- NTU juga diundang selaku juri undangan kami.
Tahun ini, Perbayu NJC (MCS) dan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) telah mencipta sejarah bagi 3T. Sungguhpun 3T dijalankan sepenuhnya melalui platform Zoom, kami telah berjaya meraih jumlah penyertaan tertinggi iaitu 41 buah pasukan dari sekolah menengah. Pada awalnya, jumlah penyertaan yang di luar jangkaan ini membuat kami agak kurang yakin jika kami berupaya menganjurkan peraduan berskala besar ini dengan jayanya secara maya. Maklumlah, selaku penganjur, kumpulan kerja kami amat kecil. Namun, berkat semangat juang kami yang
40 DIARI • NJC

























































































   40   41   42   43   44