Page 44 - SP2021
P. 44

 Cerita Di Sebalik Corak Batik
Nur Hanisah Binte Mohamad Ibrahim
 Bengkel Batik yang diadakan pada hari Rabu, 3 Mac 2021 merupakan salah satu aktiviti yang sungguh menakjubkan. Walaupun ini bukan kali pertama saya cuba melukis dan mewarna batik, saya tetap dapat menambah ilmu daripada sesi bengkel ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Ehsan dan Puan Mainah. Encik Ehsan telah mengongsi bersama kami tentang sejarah batik yang ada di merata dunia sebelum kami diberi peluang untuk mencuba mereka batik sendiri.
Perkara-perkara yang telah dikongsi termasuk pengetahuan am seperti ‘Apakah itu Batik?’. Daripada apa yang dikongsi Encik Ehsan, batik merupakan seni melukis yang menggunakan lilin. Perkataan ‘Ba’ daripada ‘amba’ bermaksud menulis dalam bahasa Jawa. ‘Tik’ pula daripada perkataan ‘titik’. Apabila dicantum, perkataan ‘Batik’ bererti menulis titik-titik simbol (atau bunga-bunga) di atas permukaan kain. Batik wujud di beberapa negera seperti di Mesir, Afrika dan Asia. Batik mempunyai pelbagai jenis berdasarkan budaya dan kepercayaan orang di merata tempat.
Jenis-jenis batik yang dikongsi termasuk Batik Sulawesi yang mempunyai corak burung dan bunga merayap. Corak yang digemari ialah rempah ratus seperti bunga lawang. Selain itu, Batik Bali pula mempunyai corak yang bertemakan
haiwan dan patung-patung disebabkan penganut- penganut Hindu di sana. Salah satu corak yang sering timbul ialah motif patung Ravana, yang juga boleh didapati sebagai Sang Gergasi dalam persembahan wayang kulit. Akhir sekali ialah Batik Jawa yang mempunyai corak yang lebih bebas dan warna-warna yang lebih cerah. Batik Jawa, pada asalnya, juga mempunyai corak patung-patung tetapi disebabkan penganut-penganut Islam tidak dibenarkan menyembah berhala, mereka mengubah motif-motif patung kepada bunga dan daun-daunan.
Terdapat dua cara untuk membuat batik, iaitu mengecap kain dan mencanting lilin. Kedua- dua cara ini memerlukan sepenuh fokus kerana bukan seperti lukisan dengan pensel yang boleh dipadamkan, setiap titik yang telah dilukis dengan lilin tidak boleh dihilangkan. Alat canting digunakan untuk melakar corak di atas kain dengan menggunakan lilin yang panas. Cap batik pula menggunakan blok corak yang diperbuat daripada kayu atau logam. Logam digunakan untuk corak-corak yang mempunyai ukiran yang lebih terperinci. Dengan itu, tidak hairanlah, ada kain batik yang dijual pada harga yang tinggi kerana di sebalik kain itu, terdapat banyak usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan corak batik tersebut.
 42 DIARI • RI



























































































   42   43   44   45   46