Page 45 - SP2021
P. 45

  Setelah selesainya perkongsian daripada Encik Ehsan, beliau membenarkan kami untuk mula melakar corak dan mencanting lilin pada kain kami. Satu nasihat yang diberikan adalah supaya coraknya besar dan tidak terlalu rumit supaya senang bagi kami untuk mencanting dan mewarna dalam masa yang diberikan. Ada antara kami yang agak ragu-ragu untuk mencanting disebabkan kepanasan lilin yang boleh melecurkan kulit. Mujurlah, Encik Ehsan dan Puan Mainah berada di sisi kami pada setiap masa supaya mereka dapat memantau kami dan membantu kami jikalau kami menghadapi sebarang masalah.
Disebabkan masa yang singkat, kami tidak dapat melakukan langkah terakhir iaitu untuk merebus kain dan mengeringkannya. Langkah ini penting kerana ia dapat menanggalkan lilin daripada kain. Lilin ini kemudian akan terapung di atas air. Kain Batik akan mendedahkan garisan lukisan putih yang menampung warna dakwat. Saya berasa
bengkel ini sangat menarik kerana bengkel ini bukan sahaja mengajak kami untuk melihat batik sebagai satu seni yang memerlukan fokus dan kemahiran dalam proses pembikinannya tetapi juga memperkenalkan kepada kami jenis-jenis batik dan sejarah di sebalik corak-corak batik di merata Asia Tenggara. Saya dapat menyaksikan kreativiti rakan- rakan saya menghasilkan corak batik berwarna- warni dan unik. Seni batik merupakan satu cara untuk mengekspresikan diri.
Saya berpendapat bahawa kita tidak hanya boleh mengharapkan bengkel-bengkel sebagai sumber untuk memperoleh ilmu pengetahuan tentang budaya kita. Sebagai pelajar, kita juga perlu mengambil inisiatif untuk mendalami pengetahuan tentang budaya kita kaya dengan sejarah dan kearifan. Ini untuk memastikan pengetahuan kita tidak hanya terbatas pada sesuatu perkara tetapi juga dipraktikkan. Semua ini sebagai usaha memelihara seni budaya Melayu agar ia tidak pupus ditelan zaman.
   RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 43






























































































   43   44   45   46   47