Page 47 - SP2021
P. 47

   Jawi. Maka itu, dengan adanya bengkel tulisan Jawi, kami dapat mengetahui tentang cara-cara orang Melayu terdahulu menulis surat dan kitab. Selain itu, bengkel ini membolehkan kami untuk mengetahui cara untuk menulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan aksara Jawi. Dengan adanya bengkel tulisan Jawi, kami dapat menunjukkan penghargaan terhadap keindahan tulisan Jawi.
Saya berharap agar golongan remaja Melayu kini akan terus giat dalam menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan mereka. Disebabkan tulisan Jawi merupakan salah satu khazanah dan warisan orang Melayu, maka menjadi tanggungjawab kita
semua untuk melestarikan tulisan Jawi agar tidak lapuk ditelan zaman.
Kesimpulannya, kami telah mempelajari banyak perkara baharu tentang tulisan Jawi. Pada masa yang sama, bengkel ini telah memberikan saya peluang untuk mengeratkan perhubungan saya bersama rakan-rakan MLEP saya yang lain serta bersama para pelajar MLEP Tahun 6. Saya amat menanti-nantikan aktiviti MLEP lain yang bakal menjelang!
   RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 45






























































































   45   46   47   48   49