Page 46 - SP2021
P. 46
Bengkel Tulisan Jawi
Naufal Aiman Bin Jasni
Pada 12 Mac 2021, para pelajar MLEP Tahun 5 dan 6 dari Institusi Raffles berpeluang untuk mengikuti bengkel tulisan jawi yang dikendalikan oleh Dr. Hirman Mohamed Khamis. Pada hari tersebut, para pelajar diberikan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah tulisan jawi serta belajar untuk menulis dengan menggunakan tulisan Jawi.
Dr. Hirman merupakan seorang guru bahasa Melayu dan pensyarah bersekutu sambilan di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) yang aktif mempromosikan Jawi. Dari masa ke masa, beliau mengadakan bengkel untuk mempromosikan tulisan Jawi.
Sebelum kami belajar tentang cara untuk menulis tulisan Jawi, Dr. Hirman berkongsi dengan kami tentang sejarah tulisan Jawi di Singapura. Menurut sejarah, sebelum tulisan Rumi digunakan, orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Pallava dan Jawi. Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Maka itu, tulisan Jawi yang digunakan oleh orang Melayu berasaskan daripada huruf-huruf Arab. Tulisan Jawi digunakan dengan
meluas pada abad ke-11 hingga abad ke-14. Sejak tulisan Jawi diperkenalkan di Tanah Melayu, ejaan Jawi telah melalui banyak perubahan dari segi sistem ejaan. Kini, sistem ejaan Jawi moden digunakan. Selain buku dan surat khabar, tulisan Jawi juga digunakan untuk menulis surat kiriman antara raja serta mata wang.
Selepas perkongsian tersebut, kami diperkenalkan kepada aksara Jawi. Sebagai latihan untuk menulis tulisan Jawi, kami menggunakan lelaman ejawi.net dan Lexilogos. Menerusi lelaman-lelaman tersebut, kami dapat mereka ayat-ayat melalui tulisan Jawi. Aktiviti yang seterusnya memerlukan kami untuk mencipta sebuah poster yang mengandungi peribahasa atau kata-kata falsafah dalam tulisan Jawi. Untuk mencipta poster, kami menggunakan
pensel warna untuk melukis di kertas. Ada antara kami juga yang menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan poster-poster kami. Setelah selesai menghasilkan poster-poster tersebut, kami diberikan peluang untuk berkongsi sesama rakan-rakan yang lain tentang poster yang telah kami ciptakan.
Pada pendapat saya, bengkel yang dijalankan ini amat menarik dan bermanfaat kerana ramai antara kami yang tidak tahu tentang tulisan
44 DIARI • RI