Page 43 - SP2021
P. 43

  berpaksikan pepatah ‘pantang berundur sebelum berjuang’ serta sokongan padu dan bimbingan daripada para guru kami, kami telah berjaya mengatasi segala kebimbangan itu. Akhirnya, Peraduan 3T telah berlangsung pada bulan April 2021 tanpa sebarang masalah atau kegenjotan dari segi pelaksanaannya.
Berdasarkan pengalaman mengendalikan 3T pada tahun-tahun pra-COVID 19, ia dijalankan secara berperingkat sebelum acara kemundak pasukan- pasukan terbaik bertarung pada peringkat akhir. Namun, memandangkan terdapat keterbatasan waktu dan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan ekoran situasi pandemik, peraduan secara berperingkat tidak dapat dikendalikan. Meskipun begitu, kami telah menyahut cabaran untuk memulakan norma yang baharu dalam pengendalian 3T. Maka tercetuslah segmen penterjemahan ‘Dialog Spontan’ untuk setiap pasukan. Selain mengemukakan teks-teks berkaitan hal ehwal semasa dalam dialog spontan dan lembaran kerja, kami turut menyisipkan topik-topik berteraskan dunia Melayu seperti kepercayaan, kosmologi, muzik dan aspek-aspek kebudayaan. Melalui pembinaan bahan untuk ‘Dialog Spontan’, kami telah mencabar diri kami sendiri untuk keluar daripada zon keselesaan, lantas pada masa yang sama menimba ilmu baharu. Di samping itu, kami juga dapat terus menyumbang dalam memperluaskan lagi ilmu pengetahuan para peserta tentang kebudayaan Melayu melalui penterjemahan.
Selain itu, pada tahun ini, kami juga telah memperkenalkan anugerah terbaharu iaitu Anugerah Penterjemah Terbaik yang telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Mukhlis. Dengan ikhlasnya, beliau telah memberikan maklum balas terhadap prestasi para peserta dan berkongsi pandangan beliau mengenai penterjemahan. Melalui anugerah ini, diharapkan semua peserta, tidak kira dari sekolah menengah
mana sekalipun, akan terus bersemangat untuk menunjukkan prestasi penterjemahan yang terbaik. Bak kata pepatah, yang lama dikelek, yang baharu didukung. Adalah penting untuk kita mengamalkan penggunaan bahasa ibunda serta memperbaik penguasaan bahasa Inggeris secara seiringan. Melalui peraduan 3T, kami berharap pengalaman dan pengetahuan yang diraih sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para peserta.
Akhirul kalam, kami berharap peraduan ini bukan sahaja dapat dijadikan wadah untuk menyemarakkan lagi bahasa Ibunda kita, malah sebagai batu loncatan untuk kita sama-sama berjinak-jinak dalam prakarsa memartabatkan bahasa Melayu dan menggilap potensi kita dalam penterjemahan.
  NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 41





























































































   41   42   43   44   45