Page 92 - SP2021
P. 92

 Nukilan Hidup
Muhammad Haikal Bin Mohamad Zahar
“Those who don’t believe in magic will never find it.”
Helmy merenung ayat yang ditulisnya itu. Dia tersenyum, lalu menulis nama dan nombor telefonnya di Post-It itu. Helmy, 8512 1325. Matanya tertumpu pada seorang pelajar perempuan sebayanya yang duduk dua meja di hadapannya. Falisya, namanya. Semasa sesi perkenalan tadi, Falisya telah menyatakan bahawa walaupun dia gemar membaca, dia tidak pernah percaya bahawa kehidupan ini menarik, tidak seperti yang dikatakan dalam buku-buku yang sering dibacanya. Pernyataan Falisya membuat Helmy ragu dan mula terfikir. Bukankah kehidupan ini penuh dengan warna? Kenapa? Kenapa rasa sehingga begitu? Semakin dia menyoal, semakin dia mahu mengenali gadis di hadapannya itu. Nota dalam genggamannya dilipat dua lalu dia berdiri dan berjalan ke hadapan. Tanpa berkata- kata, nota itu dijatuhkan ke meja Falisya. Helmy melangkah keluar dari bilik darjah.
Falisya keliru. Dia mengutip nota itu. Keningnya berkerut membaca nukilan yang tertulis di nota Post-It tersebut. Roald Dahl? Falisya memandang ke hadapan. Helmy sudah pun hilang. Pelik.
Hari itu hari pertama dia menghadiri sekolah itu. Disebabkan sebuah kejadian yang berlaku di sekolahnya dahulu, dia terpaksa berpindah sekolah walaupun sudah di menengah empat. Trauma dari insiden tersebut terlalu kuat kesannya sehingga dia terpaksa berpindah sekolah, demi pelajaran dan kesihatan mentalnya. Kebetulan, dia dan Helmy mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris. Maka, mereka rakan sekelas tetapi hanya untuk subjek itu sahaja. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun berkenalan.
Remang cahaya bulan sabit pada malam itu membuat Falisya terlena tetapi pemikiran Falisya masih melayang-layang memikirkan nota yang diterimanya pagi tadi. Terlentang di katilnya, Falisya mula menyoal dirinya. Kenapa Helmy tiba-tiba memberikan aku nota itu? Bukankah aku sudah menjelaskan bahawa hidup itu tidak menarik? Dia mahu mencabar aku, ya? Falisya mengambil telefon bimbitnya lalu menaip sebuah mesej kepada Helmy melalui nombor telefon yang tertulis di nota kecil itu.
“Breathing is hard. When you cry so much, it makes you realise that breathing is hard.” Falisya mulakan dengan nukilan dari sebuah buku yang digemarinya.
“David Levithan, Love is the Higher Law. Satu Klasik. Tetapi J.M Barrie pernah menyatakan, ‘The moment you doubt whether you can fly, you cease forever to be able to do it,’ dalam bukunya, Peter Pan. Pasti kau pernah meneroka kehidupan, kan?” balas Helmy dalam tempoh masa yang singkat.
“Apa yang engkau mahukan? Engkau kenal aku kah? Kenapa tiba-tiba sahaja mahu beritahu aku cara aku hendak teruskan kehidupanku?”
“Entah. Tidak pernah sekalipun aku mendengar seorang remaja sebaya kita, yang suka membaca dan mengatakan bahawa hidup itu membosankan. Buku bagi aku merupakan sesuatu yang membuka mata, yang menunjukkan aku bahwasanya kehidupan ini akan sentiasa ada kemuncak kebahagiaannya. ‘Even the darkest night will end and the sun will rise.” Kenal tak, nukilan ini?
Hati Falisya mula berapi.
“Dia tidak faham kah apa yang aku katakan?”
Falisya tidak membalas teks yang dihantar Helmy. Dengan hatinya yang penuh kemarahan, dia cuba melupakan perbualannya dengan Helmy dan melelapkan mata.
Hari seterusnya, mereka bertemu lagi, di luar bilik darjah F3-39. Helmy cuba menawarkan senyuman kepada Falisya. Hanya jelingan yang dia dapat!
“Okey kelas, saya ada tugasan menarik untuk kamu semua hujung minggu ini. Secara berpasangan saya mahu awak senaraikan tiga perkara yang membuat kehidupan menarik dan berikan sebabnya. Pasangan akan saya umumkan sebentar lagi. Pada minggu hadapan kamu akan membentangkan jawapan kamu di hadapan kelas.”
Cikgu Awang, guru Sastera Inggeris mereka, mengumumkan tugasan itu dengan suaranya yang lantang.
 90 CERPEN
• JPJC
















































































   90   91   92   93   94