Page 93 - SP2021
P. 93

   “Pasangan pertama... Helmy dan Falisya. Silakan, duduk bersama-sama. Pasangan seterusnya...”
Saat itu mata Falisya berputar. Seronoknya.
“Hei, aku nak minta maaf! Aku tahu aku bersalah. Aku tak sepatutnya menolak perasaan kau semalam. Kau tak suka kehidupankau dan aku patut menghormati pendapatkau.” Helmy mula mengambil tempatnya di sebelah Falisya.
“Bukan aku tak suka, aku cuma tak dapat melihat manfaat yang ada pada hidup di dunia ini, kau faham tak?” Kening Falisya berkerut, hatinya masih membara apabila mengingatkan perbualan mereka semalam.
“Okey, memandangkan esok hari Sabtu, apa kata kita keluar bersama-sama untuk menghabiskan tugasan ini. Ada perkara yang hendak aku tunjukkan,” cadang Helmy.
Falisya termenung ke luar jendela MRT. Melihat sesuatu, dia sendiri tidak tahu. Hanya hitam kegelapan terowong MRT sahaja yang dia nampak. Buang masa sahaja, dia terfikir.
Sebaik sahaja dia tiba di stesen MRT Stadium,
dia langsung bertemu dengan Helmy yang
sedang menunggu.
Dalam genggamannya sebuah papan gelongsor. Falisya mula tertanya-tanya. Papan gelongsor? Adakah dia akan mengajar aku berpapan gelongsor? Adakah dia mahu memalukan aku? Falisya berbisik. Dia tidak pernah sekalipun menyentuh sebuah papan gelongsor. Apalagi menggunakan papan gelongsor!
Cahaya mentari terbenam, mengisi setiap sudut langit. Siap dengan bekalan makanan dari Popeyes, mereka berdua bersantai di tempat duduk yang terletak di atas Kallang Water Sports Centre setelah selesai berpapan gelongsor di Skate Park.
“Okey. Aku mengaku. Kau menang. Memang, masa tadi seronok, menarik, dan matahari ini cantik. Tapi apakah ini semua berkaitan dengan tugasan kita?”
Helmy menjelaskan bahawa keseronokan diraih ketika melakukan sesuatu yang ekstrim dan keindahan yang dialami dari alam sekitar membuat kehidupan kita ini menarik, lain daripada yang lain.
“Okey... Tapi peliklah.”
“Apa pula yang pelik?”
“Engkau. Kau yang pelik. Aku masih tak faham, mengapa kau hendak menolong aku, sedangkan kita tak rapat pun?.”
“Sebenarnya, aku lihat bayangan diri aku dahulu dalam dirikau. Semasa aku berumur 8 tahun, Ayah aku meninggal dalam kemalangan jalanraya. Aku dan Ayah rapat. Jadi kau boleh bayangkanlah betapa hampa aku rasa pada masa itu. Tak lama selepas pemergian arwah Ayah, Abang mula mengambil dadah, dan sekarang dia di penjara. Yang tinggal hanya aku dan Ibu sahaja.”
“Oh.. aku minta maaf.”
“Tak mengapa. Seminggu sebelum Ayah meninggal, dia ada belikan aku sebuah buku. Bridge to Terabithia. Buku itulah yang mengajar aku untuk menghargai setiap hari dengan orang yang kita sayangi. Tidak kisahlah berapa banyak cabaran yang dihadapkan kepada kita. Disebabkan buku itu, aku mula minat membaca. Buku itu juga merupakan satu peringatan bagi aku supaya menjalani
                                                           JPJC •
SAUJANA PUJANGGA 2021 91














































































   91   92   93   94   95