Page 95 - SP2021
P. 95
Hadiah Rakan Baik
Mira Syuhada Binte Muhamad
Zahra
Hari pertama di rumah Tiada Harapan. Untuk sebulan aku terpaksa menjaga makanan orang- orang tua yang hanya menantikan kematian. Aku harus menyumbang lagi 30 jam kepada masyarakat yang tersayang ini sebelum aku boleh menikmati cuti sekolahku dengan sepenuhnya. Merenung ke arah senarai tugasan dari jam 9 pagi sehingga ke 8 malam, misi bulan ini - Si Pendiam, wanita tua yang duduk terperap di satu sudut bilik yang gelap di penghujung koridor. Aku tidak bermaksud untuk bersikap kasar terhadapnya tetapi aku tidak sanggup membenarkan sedetik pun
rasa simpati berkembang dalam
hatiku, takut kalau-kalau
hati aku akan terlalu terikat
kepadanya. Nyawa yang bayanganku sendiri sambil memandang
Hadiah yang bakal dibawa oleh kawannya itu dikatakan akan melegakan tetapi menyakitkan hatinya. Hadiah yang telah ditetapkan. Bingung kepalaku!
“Kenapalah aku menamakan dia Si Pendiam, kan sudah dapat balasan,” aku berfikir sambil mencuci pinggan di dapur rumah penjagaan itu.
Untuk hari-hari seterusnya, masa berjalan begitu perlahan. Setiap hari, aku menghadapi tugasku dengan penuh gelisah. Ceritanya tetap sama - Hadiah dari kawan baik misteri yang akan menziarahinya. Aku ini seolah-olah tempat luahan
hatinya.
cermin bilik dormitoriku yang kecil.
Pada keesokan harinya, sebelum aku berangkat ke rumah itu, aku berazam untuk menghadiahkan buku kepada Si Pendiam supaya dia dapat mengisi masanya dengan perkara yang lebih bermanfaat dan aku tidak perlu melayaninya atau mendengar cerita-ceritanya. Buku yang sesuai bagi orang tua? Aku bingung dengan kepelbagaian pilihan di kedai yang kecil itu. Akhirnya, aku memilih sebuah
buku agama untuknya.
“Semoga buku ini mampu membisukan Si Pendiam,” bisik hatiku.
‘Adat Ilmu’, aku hadiahkan kepadanya, dia tersenyum memandang aku, seolah-olah tahu niat sebenarku. Aku tersilap, sungguh silap.
Tanpa aku sedari, buku yang dihadiahkan oleh aku, telah menghidupkan bab lain dalam kehidupannya.
“Sejak lahir lagi, kita dimandikan oleh orang, ditidurkan oleh orang, dididik oleh orang, pada akhirnya, apa sumbangan kita kepada orang lain? Kebahagiaan? Tidak mungkin....“ aku terkejut mendengar luahan hati Si Pendiam.
Menurutnya, dia mempunyai dua putera yang kini bermastautin di Amerika Syarikat, menguruskan perniagaan masing-masing. Si Pendiam kesal tidak membesarkan anak-anaknya dengan sempurna.
‘Peduli apa aku!” aku terjerit kepada
menantikan kematian.
9.10 pagi
Aku mengambil dulang
ubat wanita itu,
mengukirkan senyuman
palsu lalu memasuki bilik
yang diliputi bukhoor yang
berasap sejak pagi lagi. Setelah
meletakkan dulang di atas
meja, aku memanggil Si Pendiam
yang sedang khusyuk berzikir. Matanya bersinar dan melihat aku dengan penuh harapan. Aku menuding jari ke arah ubat yang harus dimakan olehnya dan Si Pendiam mengangguk tanda faham. Isyarat itu menandakan bahawa tugasku yang pertama sudah berakhir. Lega. Tetapi, belum sempat aku melangkah keluar, Si Pendiam bersuara. Mendengus.
“Nak, tahu tidak kenapa Cik hanya duduk berjam- jam menghadap jendela ini. Tidak melukis? Tidak menjahit?’”
Aku hanya berdiam seribu kata.
Aku sekadar mendengar luahan hatinya. 10.20 pagi
Satu jam suntuk aku duduk di sampingnya. Kata Si Pendiam, dia sedang menantikan kawan baiknya datang membawa hadiah. Hadiah istimewa.
JPJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 93