Page 97 - SP2021
P. 97

  Masa tidak Menunggu Sesiapa
Eliyah Batrisyiah Rayni
Alam kanak-kanak. Suatu peringkat waktu semasa kita semua suci daripada segala dosa. Hidup senang lenang dan hati pun tenang. Kenapalah kita perlu membesar dengan cepat? Pada zaman remaja pula, masa kita mencari arah tujuan hidup kita. Ada yang sanggup melawan kata-kata dan kemahuan ibu bapa. Tetapi, kalau difikirkan sekarang, nasihat mereka bukan sia-sia. Kini aku seorang dewasa. Ibu bapa tidak akan membimbing aku lagi. Kini, aku seorang diri. Masalah sendiri, kesalahan sendiri, semuanya kutanggung sendiri. Tiba masanya untuk aku berdikari. Masa. Sesuatu yang amat menakutkan.
6:00 pagi. 6:00 petang. Bilakah pusingan ini akan berhenti? Setiap hari, rutinku sama sahaja. 6:00 pagi bingkas bangun untuk ke pejabat. 6:00 petang pula bergegas pulang ke rumah. Rutin seharianku sudah menjadi seperti suatu beban dalam hidupku. Tetapi, apakah lagi yang harus aku lakukan? Siapakah yang mahu menanggung kos sara hidupku? Walau aku perlu mengheret tubuhku untuk ke pejabat setiap hari, aku rela. Aku rela kerana aku terpaksa. Aku rela kerana aku pasrah.
“Satu hari lagi satu kali lagi,” bisik hatiku. Dengan langkah yang berat, aku bersedia untuk mengharungi hari yang baharu. Seperti biasa, sebelum matahari terbit, aku akan pergi berlari- lari anak di taman yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Tepat pada pukul 7:00 pagi, aku akan pulang. Selepas bersiap sedia dan sudah bersarapan, aku memulakan perjalananku ke pejabat.
Sepanjang hari itu, aku tidak henti-henti batuk. Hingga tidak tenteram aku
membuat kerja. Rasa risau
timbul dalam hatiku. Tetapi, aku
tetap tabah dan sabar. Lagi satu hari. Lagi satu kali.
“Eh, Ri, kau okey tak?” tanya kawan sepejabatku, Daniel.
“Biasa, biasa sahajalah, batuk sikit saja ni,” balasku hambar.
“Jangan cakap biasa-biasa. Takut aku tau. Dulu kau kata sikit tapi...”
“Ah, merepeklah kau ni!” aku memotong kata- katanya.
Aku ketawa tetapi seperti dibuat-buat, mengharapkan Daniel tidak bertanya dengan lebih lanjut. Bukan apa, dia rakan terdekat aku dan aku mengerti bahawa dia mengambil berat tentang aku tetapi aku tidak mahu niat murninya itu mencetuskan prasangka yang buruk dalam benakku. Sehingga kini aku hidup sihat, tak mungkin aku akan diuji dengan musibah lagi! Aku telah mengubah perangai burukku. Walaupun terlambat, aku sudah berubah.
Perasaan risau masih membelenggu jiwaku. Sekarang aku duduk di tepi katil, kepalaku pening kerana terlalu sarat dengan fikiran yang bercelaru. Tekanan mula menjalar dalam diriku. Mindaku mula meliar.
Aku tergesa-gesa menuju ke pintu rumahku. Aku perlu membelinya sekarang. Walaupun sudah empat tahun aku bertahan, aku perlukan ia sekarang juga. Empat tahun sejak aku berasa nikmat nikotin. empat tahun sejak aku terpaksa melepaskan ketagihan yang menjahanamkan ini. Namun, ketika aku mahu membuka daun pintuku, aku terhenti. Aku terpaku lalu menghempaskan punggungku di kerusi meja makanku.
Astagfirullah! Kenapa fikiranku berlari jauh kali ini. Aku tidak mahu mengulangi kesilapanku lagi. Aku tidak mahu mengambil risiko. Aku tidak mahu mempertaruhkan nyawaku lagi. Pada malam itu, sewaktu aku sedang tidur, aku terkokol-kokol batuk beribu kali. Segala rasa kempunan dan rindu terhadap rokok tidak lagi bermain dalam mindaku. Esok, aku akan ke hospital. Ya. Esok. Jika esok
masih ada.
      NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 95
















































































   95   96   97   98   99