Page 99 - SP2021
P. 99

  Aku Adalah Aku
Raditya Secondatama
“Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 10 pemuda, nescaya akan kugoncangkan dunia!” seruku kepada semut-semut merah di dinding kamar sambil menirukan gaya berpidato Soekarno.
Sama halnya seperti Soekarno di saat remaja, aku suka berlatih berpidato di kamarku pada malam hari. Di saat rembulan menerangi malam dan bintang-bintang bertaburan di angkasa biru, aku mula berpidato di atas katilku. Sambil ditemani secawan kopi, aku melungsuri internet untuk mencari rakaman pidato-pidato Soekarkarno. Aku mencuba untuk mengikuti nadanya yang berkobar-kobar dengan api perjuangan. Aku cuba mengikuti gerakan badannya yang melambangkan sosok yang gagah perkasa. Aku bagaikan mencuba untuk menjadi seperti dirinya. Bagi aku, dia ialah makna dari seorang pemimpin. Seorang sosok yang disegani oleh semua makhluk hidup di muka bumi.
Aku memujanya melebihi apapun. Bagaikan seorang jejaka yang mabuk asmara, kecintaanku kepada Soekarno sudah terpahat sampai ke tulang. Rak-rak buku milikku diisi penuh dengan buku-buku hasil karyanya. Hampir seluruh tembok di kamarku dipenuhi oleh poster-posternya. Ada aura karisma yang terpancar dari wajahnya. Aura yang tidak dapat dan tidak akan aku pernah lihat pada orang lain. Raganya mungkin telah terkubur di bumi namun semangatnya masih tetap membara di jiwa orang-orang Indonesia seperti aku.
Aku mungkin masih remaja. Tetapi, pemikiranku sudah dewasa. Itu merupakan pandangan teman-temanku dan guru-guruku terhadap aku. Tidak jarang aku dipilih untuk mengetuai sebuah kerja kumpulan ataupun projek sekolah. Tidak jarang juga aku dipilih untuk mewakili sekolah dalam peraduan bahas. Disebabkan jiwa kepemimpinanku yang menyerlah, aku dipilih sebagai presiden majlis pelajar di sekolah. Bagiku, kecemerlanganku dalam kegiatan-kegiatan luar darjah merupakan buah daripada kecintaanku terhadap Soekarno. Tidak pernah aku bayangkan bagaimana kehidupanku tanpa mengagumi sosok Soekarno.
Berpidato menggebu-gebu bukan merupakan sesuatu hal yang lumrah di Singapura terutamanya dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, dengan
penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, aku sering ditertawakan oleh rakan-rakanku. Namun, aku tidak pernah melihatnya sebagai suatu hambatan bagi aku untuk memaksimumkan peluang-peluang lain yang tersedia buatku. Aku tidak pernah berasa diperlekehkan di sekolah. Jiwaku terlalu keras untuk menyerah kerana kekangan persekitaranku. Kobaran api semangat yang membakar jiwaku sudah terlalu besar untuk dipadamkan oleh titisan-titisan cibiran dingin yang keluar dari mulut kawan-kawanku.
Pejam celik pejam celik, dua puluh tahun sudah berlalu sejak aku lulus dari Sekolah Menengah Eunos. Sejak itu, perjalanan hidupku berliku-liku. Bekerja di pejabat bukan merupakan panggilan jiwaku. Aku berasa terkongkong bagaikan haiwan di kebun binatang. Aku bagaikan anak patung milik kaum kapitalis yang bengis. Aku berasa menjadi seorang tawanan yang terkunci di dalam pengapnya penjara tanpa sembarang udara. 17 Ogos 2018, bertepatan dengan hari kemerdekaan Indonesia, aku keluar dari pekerjaanku sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat antarabangsa. Mata hatiku terbuka tentang kehidupanku yang sudah melencong dari impianku di saat aku mendengar pidato Soekarno. Aku sudah alpa dengan nilai-nilai perjuangan Bung Karno yang aku titikberatkan semasa masih remaja.
“Gantungkanlah cita-citamu setinggi langit, bermimpilah setinggi langit. Jika engkau jatuh, engkau akan jatuh antara bintang-bintang,” itu merupakan kata-kata Soekarno yang ditayangkan di kaca televisyen.
Pada saat itu, pertanyaan-pertanyaan mengalir di minda bak aliran sungai di musim hujan. Apakah ini kehidupan yang aku ingini sejak kecil dan bukankah menjadi seorang pemimpin merupakan cita-citaku sejak kecil dahulu? Pertanyaan- pertanyaan seperti ini yang mendorong aku untuk berhenti daripada pekerjaanku.
Sejak saat itu, aku terjun ke dunia politik. Dengan bantuan yang aku peroleh daripada elit-elit politik yang aku kenali, aku mendapat kepercayaan daripada parti politik Demokrat untuk mewakili mereka di pilihan raya yang akan datang. Aku mengusung ideologi-ideologi nasionalisme yang diusung oleh Soekarno. Aku yakin bahawa
 NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 97






















































































   97   98   99   100   101