Page 101 - SP2021
P. 101

  Rehat
Afeef Ikhwan Bin Mohammad Ariffin
Jeremy menyukai hantaran kamu.
Maria menyukai hantaran kamu.
Telefon bimbitku berdering dan memancarkan cahaya. Aku membaca sepintas lalu notifikasi yang tertera di skrin telefon. Aku menjadi semakin cemas. Mengapakah posku tidak mendapat banyak tanda suka seperti dahulu?
Pos yang dimuat naik pada bulan Disember lalu mendapat 352 tanda suka. Namun sekarang, pada bulan Februari, aku menerima 254 tanda suka sahaja. Adakah hantaranku tidak menarik perhatian pengikutku? Adakah aku telah hilang kerelevanan dalam kalangan rakan sebayaku?
Atau lebih teruk lagi, jika kawan-kawanku tidak menyukai hantaranku?
Aku teringat insiden bersama kawanku, Sara. Matanya tertumpu pada
skrin alat perantinya
dalam gerabak MRT
tadi semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah. Langsung tidak memandang aku.
“Jadi... bagaimanakah dengan peperiksaan Bahasa Melayu tadi?” tanyaku.
“Er... okey sahaja.”
Sara seakan-akan tidak rela meneruskan perbualan kami di dalam MRT. Ah, Sara pasti tidak menyukai hantaranku!
Sama juga seperti Danial yang tidak pulang dari sekolah dengan aku seperti biasa kerana ada janji makan malam dengan kawannya yang lain. Sudah pasti Danial juga tidak menyukai hantaranku.
Sampai saja di rumah, aku masuk ke bilik. Tiba- tiba aku sesak nafas, seakan-akan bilik aku cube memerangkap aku.
Tarik nafas... hembus! Tarik nafas... hembus!
Di luar bilikku pula, kedengaran ibu bapaku bertengkar tentang sesuatu. Aku sudah masak dengan perilaku mereka. Lama-kelamaan, perbalahan antara kedua-dua orang tuaku menjadi semakin lantang.
Aku terasa sempit berada di bilikku sendiri. Aku harus mencari cara untuk melepaskan tekanan yang memamah mindaku.
Tarik nafas... hembus! Tarik nafas... hembus!
Fikiranku buntu. Teknik pernafasan ternyata tidak berkesan.
BOOM!
Dinding yang aku bayangkan tiba- tiba pecah dan runtuh. Aku tidak dapat mengawal perasaanku lagi. Aku terus membuka pintu
bilik lalu keluar dari rumah.
“Kamu hendak ke mana lewat malam begini?”
Kedengaran suara Ibu memecah kepekatan malam. Namun, aku tidak menjawab
pertanyaannya.
Aku terus menunggang basikal yang terletak di koridor rumah dan meneruskan perjalanan tanpa hala tuju tertentu.
Angin bertiup begitu kuat berbanding hari-hari sebelumnya. Aku menikmati sapaan angin ke raut wajahku. Tiupan itu seakan-akan membisikkan perkataan-perkataan
 RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 99





































































   99   100   101   102   103