Page 102 - SP2021
P. 102

  REHAT
            yang menenangkan telinga
di sebalik lautan minda yang bergelora. Tiada orang lain di jalan raya pada waktu itu. Mungkin kerana hari sudah larut malam. Aku bersyukur kerana kesunyian itu memberikan ruang untuk aku bermuhasabah diri tanpa diganggu oleh faktor luaran.
Apakah yang terjadi dengan kawanku, Sara dan Danial? Mengapakah mereka menjauhkan diri dari aku? Bagaimanakah aku dapat mengatasi segala kesulitan yang sedang aku hadapi?
Dahulu, aku boleh berfikir secara teratur dan sistematik. Kini, kecenderungan tersebut dihakis oleh pergantungan pada media sosial.
Ya, media sosial!
Kebetulan aku memasuki taman kejiranan berdekatan rumahku. Aku berhenti seketika. Aku menghenyakkan tubuhku di bangku taman dan memerhatikan keadaan di sekeliling. Aku mengagumi keindahan flora yang terdapat di situ.
Perasaan yang tidak sama jika aku merakamkannya melalui gambar
atau video.
Tidak semua yang dilihat di alam maya ialah paparan kehidupan sebenar. Jumlah ‘likes’ tidak mencerminkan nilai diriku yang
sebenar.
Kali ini, suara dalaman itu memberikan kesedaran kepada aku. Mungkin sahaja aku terlalu mengharapkan penerimaan orang lain di alam maya. Sangkaanku terhadap kawan-kawan juga kurang tepat. Mereka pasti mempunyai alasan tersendiri apabila bersikap dingin terhadap aku tempoh hari. Sebagai kawan, aku seharusnya bertanya khabar mereka dan bukan mementingkan
diri aku sahaja.
Selepas sejam menikmati ketenteraman malam, aku pulang ke rumah dengan minda yang segar. Aku bertekad untuk membebaskan diri daripada menjadi hamba alam maya dan memperbaik hubungan dengan kawan-kawanku pula.
                   100 CERPEN • RI




















































































   100   101   102   103   104