Page 104 - SP2021
P. 104
BUKAN LEMAH
Adakah terdapat perkara-perkara dalam hidup yang masih kamu nikmati saat ini?” tanya doktor psikiatri yang menumpukan pandangannya kepada Nora.
“ Tidak... dahulu saya suka keluar bersama rakan- rakan saya dan bergambar. Sekarang... saya sudah tidak peduli. Pelajaran saya sudah terjejas...;” jelas Nora dengan suara yang menggeletar sedikit.
Terapi di IMH telah banyak membuka mata Rosiah tentang keadaan anaknya. Tidak pernah terlintas sebelum ini bahawa tekanan akademik menjadi punca utama. Nora telah banyak mengorbankan masa dan kesihatannya untuk mencapai keputusan yang memuaskan dirinya.
Diri Rosiah kembali membara dengan semangat yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Dia telah bertekad untuk terus berdoa dan berusaha membaiki keadaan anak kesayangannya.
Zaman sekarang, kesedaran
tentang kesihatan mental
semakin meningkat tetapi
stigma oleh masyarakat masih
wujud. Contohnya, pesakit
mental merupakan orang
yang dirasuk atau dijampi. Ada
juga yang mengatakan bahawa
penyakit mental itu ialah balasan Tuhan disebabkan dosa-dosa mereka. Ada kalanya, Rosiah tersenyum pahit mendengar sebab-sebab yang kurang masuk akal atau melampaui batas.
Pada pagi itu, Rosiah menyiapkan sarapan kegemaran Nora. Gadis itu hanya termenung melihat hidangannya. Rosiah senyum dan cuba memulakan perbualan. Nora tetap membisu. Matanya pudar. Hati Rosiah bertambah resah. Namun dia sedar, untuk mendapatkan anaknya kembali seperti sediakala itu tidak mudah.
“Mengapa Nora? Ibu terseksa melihat Nora begini... cakaplah Nora, cakap!” teriak Rosiah dalam mindanya.
Suaranya hampir melepaskan kata-kata itu tetapi mulutnya hanya mampu berkumat-kamit dengan melafazkan istighfar. Dia teringat nasihat pakar psikiatri. Nora memerlukan sokongan ibunya. Rosiah tidak boleh berpaling muka. Sebagai ibu yang telah melalui sembilan bulan kehamilan dan kesakitan melahirkan zuriat, Rosiah membesarkan Nora bagai menatang minyak yang penuh. Dia mengorbankan segala-galanya untuk Nora.
Nora yang pada mulanya berdiam diri mula mengangkat garpunya. Rosiah terbeliak melihat kelakuan itu. Setelah berbulan-bulan
102 CERPEN • RI
lamanya, inilah pertama kali Nora bersarapan di depan Rosiah. Walaupun dia makan dengan perlahan, pinggannya akhirnya licin juga.
“Sedap...”
Bagi Rosiah, perkataan itu menghangatkan relung dadanya. Sudah lama Rosiah tidak mendengar pujian daripada anaknya. Perjalanan Rosiah masih jauh lagi tetapi dia yakin, Nora ada harapan untuk kembali pulih!