Page 105 - SP2021
P. 105
La Rebelle Fleur
Jason Nathaniel Sutio
Kugenggam erat sejambak bunga kamelia merah muda. Masa empat tahun berjauhan dengan puteriku sejak tahun 2004 terasa amat panjang. Namun, kami akan bersua lagi. Aku mempercepatkan langkahku. Setelah menuntut ilmu
di menara gading di bumi Perancis, alangkah terujanya aku memikirkan masa depan Rose sebagai pereka cipta fesyen tempatan. Aku menunggu Rose di hadapan pintu ketibaan Lapangan Terbang Changi. Aku memperkemas tudungku sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari wajah buah hatiku.
“Mak!”
Pemilik suara bernada bes yang amat unik terus memeluk erat pinggangku dari belakang seperti pohon ivy yang melilit tiang. Sejak kecil lagi, Rose memang seorang anak yang manja.
“Rose, anak Mak!”
Titisan air mata kebahagiaan membasahi pipiku. Perlahan-lahan aku melepaskan pelukan itu. Aku memandang tepat ke arah Rose. Pelbagai cincin dan gelang tangan menghiasi jari-jemari anak gadis itu. Rose mengerutkan dahinya. Dia menyembunyikan tangannya ke belakang setelah menyedari reaksiku. Sejambak bunga yang kupegang terlepas dari genggaman.
Aku tidak berganjak. Rambut hitamnya dipotong pendek, membingkaikan wajah yang penuh keasingan. Kelopak matanya dilukis bentuk sayap panjang lagi tajam berwarna hitam. Bibirnya semerah mawar. Secocok dengan namanya. Ada pula rantai perak yang menyambungkan anting- anting di cuping telinga ke bahagian bibirnya. Rose menggayakan kot trenc, baju crop top hitam, seluar jean dan but hitam.
Siapa dia? Ini bukan Rose aku. Tidak, anak manisku berpakaian sederhana dan selalunya lembut. Tatkala dia membantu aku menjaga kedai bunga, pelanggan-pelanggan semua sekata memuji Rose yang budi bahasanya tidak seperti ‘anak-anak zaman sekarang’.
“Come on, Mak,” ujar Rose singkat, loghat Perancisnya membaur pekat.
Bibirnya gementar sedikit. Adakah aku gagal sebagai ibu? Tidak cukupkah pengajaran
agamaku kepadanya? Rose selalu menunaikan solat bersama aku secara rutin. Lima kali sehari. Adakah salah aku
membiarkan Rose pergi ke negara asing?
Persis kata orang tua-tua,
jika
kita merancang untuk gagal. Setibanya di rumah, Rose terus mandi. Aku menyiapkan pakaian Rose yang lebih cocok untuk hari esok. Baju kurung dengan hijab bercorak bunga bakung kerana putih warna kesukaannya.
“Apa barang-barang ini semua?”
Jantungku berdegup kencang ketika mengemas beg kulitnya. Beg itu berisi bermacam-macam barang yang pelik. Ada seluar pendek dan kemeja. Tiada satu baju Melayu yang kulihat.
“Wah, cincin Vivienne ini mahal! Mengapa perlu ada lima kalung emas? Bukankah satu sahaja sudah cukup?”
Lebih banyak barang yang aku keluarkan dari bagasi, semakin banyak pula kejutan yang aku terima.
“Eh, kalung dengan ibu kunci? Huruf ‘N’?”
Di meja makan, aku susun makanan kesukaan Rose, iaitu rendang sapi dan kari ayam. Aku pasti dengan masakan ini, Rose akan mengingati semula jati diri kemelayuannya dan meninggalkan segala pengaruh Barat yang dibawanya pulang bersama ke ruang makan. Pada dasarnya, dia masih lagi anak watan Singapura!
Pintu kamar mandi terbuka. Rose pun turun. Rambut hitamnya berkilau. Dia menguntumkan senyuman persis seekor watak kucing bernama Cheshire dalam cerita Alice’s Adventure in Wonderland sebaik-baik sahaja melihat makanan yang terhidang di atas meja.
“Rose, Mak mahu berbincang dengan kamu tentang sesuatu.”
kita gagal merancang,
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 103