Page 107 - SP2021
P. 107
Rumah Tanpa Tuan
Nur Metalynn Bte Rizal
“Lam, tengok! Macam ada orang nak datang.”
“Betul Lu?”
Kedengaran suara beberapa orang sedang bercakap-cakap. Ada juga suara orang tertawa. Nampak gaya, seperti sekumpulan remaja.
“Lapan orang. Dah, mereka nak sampai. Diri tegak Lam,” Lu berkata.
Kedengaran bunyi derap tapak kaki mendaki tangga batu besar dan lebar menuju ke pintu rumah tersebut.
“Wah... tempat ini betul rupanya!” kata seorang remaja perempuan berambut ungu. Ya, ungu.
Kawan-kawannya mengikutinya masuk. Semua tergamam sambil memandang-mandang di sekeliling lobi. Aku berasa segan. Tembok- tembokku tidak lagi bersih dan cerah. Penuh dengan contengan seperti lukisan-lukisan dan pelbagai jenis tulisan.
Aku melihat apa yang dipegang oleh remaja- remaja itu. Setiap orang yang datang ke tempat ini pasti memegang benda yang sama. Mereka menghalakan benda itu ke merata tempat sambil menekan sesuatu. Aku meneka mereka sedang mengambil gambar.
“Eh, tempat ni cool sangat! Kongsi di Instagram pasti dapat banyak likes,” satu lagi suara seorang remaja kedengaran dari sebuah bilik di belakang halaman rumah.
“Aku dah kata, ramai orang asyik bercakap tentang tempat ini,” seorang lagi remaja membalas.
Rumput tinggi berkersik-kersik ditiup angin. Matahari dengan perlahan terbenam. Langit yang tadi biru kini berwarna jingga pekat.
Akhirnya, langit yang biru gelap bertukar hitam. Bintang-bintang keluar dari tempat persembunyian mereka dan mengerlip indah. Bunyi cengkerik mula bergema.
Kumpulan tadi telah pun beredar pergi. Sekali lagi, hanya aku dan Lu yang tinggal di sini.
“Lu,” aku bertanya lalu menyambung, “Mengapakah tiada sesiapa yang inginkan kita?”
“Saya tak pasti Lam,” Lu menjawab dengan perlahan.
Masih segar dalam ingatan apabila rumah ini baru sahaja dibina. Kami mempunyai tuan, sebuah keluarga Serani bersama anak-anak mereka yang masih kecil. Bilik-bilik dihias penuh dengan kerusi baldu, meja kayu jati, katil dan tilam setebal dua kaki, lampu candelier, gambar-gambar berbingkai emas, pasu seramik dan kuntuman bunga yang indah.
Rumah ini selalu diisi dengan perbualan tuan rumah dan isterinya. Tidak kurang juga suara dua orang anak mereka yang gemar berkejar-kejaran danpembanturumahyangrajinmembersihkan barang-barang walaupun sudah berkilat. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk menerima kedatangan sesiapa sahaja pada waktu petang. Namun demikian, zaman itu tidak kekal lama.
Ada desas-desus yang mengatakan, syarikat tuan rumah ini muflis kerana pasaran saham menjunam. Mereka tidak dapat membiayai kehidupan mewah. Oleh sebab itu, mereka terpaksa berpindah. Semua perhiasan rumah ditanggalkan dan disusun ke dalam kotak-kotak. Dua hari kemudian, beberapa orang lelaki datang untuk mengangkat semua barang yang ada lalu diletakkan ke dalam lori besar. Semakin lama, bunyi enjin lori itu semakin perlahan hingga tidak kedengaran lagi.
Tuan rumah melangkah ke pintu gerbang buat kali terakhir setelah beberapa tahun menetap di sini. Anak-anak mereka yang membesar di rumah ini
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 105