Page 108 - SP2021
P. 108
RUMAH TANPA TUAN
pun sudah lebih tinggi dan bijak. Mereka sekeluarga memandang kami. Aku pun memandang mereka. Ayah mereka mengangguk seperti mengiktiraf kewujudanku. Wanita itu menyuruh anak-anak yang sedang dipimpinnya melambai ke arah kami tanda selamat tinggal.
Enjin kereta dihidupkan. Aku dan Lu amat mengenali bunyi kenderaan yang digunakan tuan kami pada setiap hari. Menurut Lu, kanak- kanak itu melambai-lambai hingga kereta lenyap daripada pandangan.
“Lu, saya tak faham. Mengapa tiada orang baharu yang menetap di sini selepas tuan pertama kita? Tiadakah orang yang ingin membeli tempat ini?” aku meluahkan perasaan.
“Lam, awak kata pasaran saham telah merosot, bukan? Mungkin orang lain pun muflis. Tiada orang yang ada duit untuk membeli tempat ini. Keluarga tuan kita itu kaya,” balas Lu.
Betul juga katanya.
“Tapi, saya rindu mempunyai tuan. Semua orang yang datang kini sekadar menyinggah sahaja. Tengoklah! Ada tembok yang sudah runtuh dan banyak lagi tempat yang retak. Rumput di luar pula semakin hari semakin tinggi dan tumbuhan- tumbuhan liar itu seperti ular menyelinap masuk. Kita akan ditelan bersama masa.”
Lu menghela nafas.
“Awak tahu tak, saya suka melihat wajah tetamu yang melihat rumah ini buat kali pertama. Tidak pernah ada kesedihan. Hanya keghairahan.”
Aku teringat setiap wajah remaja-remaja tadi.
“Jadi... maksud awak, ada orang yang mengingati kita berdua?” aku membalas.
“Tepat sekali.”
Aku pun teringat akan gambar-gambar yang telah dipetik oleh remaja-remaja tadi dan dikongsi di Instagram.
“Lu, awak tahu, mereka ada ambil gambar- gambar kita!” aku berkata selepas seminit berlalu.
Titik-titik harapan mula bercantum. Mungkin, kewujudan kami tidak pernah ditelan oleh kemajuan zaman. Selama ini, masih ada wajah- wajah asing yang berkunjung ke rumah ini. Maknanya, ada orang yang masih lagi berkata- kata tentang kami.
Kedengaran suara burung bersetuju dengan aku. Tanpa aku sedari, langit mula cerah sedikit. Hatiku berasa lega. Aku cuba meneka apa yang dikatakan oleh wajah-wajah asing itu apabila mereka mengatakan hal kami kepada orang lain. “Rumah tanpa tuan itu... yang terletak di atas Bukit Harapan.”
106 CERPEN • RI