Page 110 - SP2021
P. 110

 BANGKIT
Andai kuterbuang tak diterima Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan Cinta ini
Betapa di bumi ini ‘ku melangkah Ke utara, selatan, timur, dan barat Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini
Setelah sejenak memikirkan tentang perkara ini, dia bersetuju untuk meneruskan tugasnya. Tetapi, Kolonel Abdullah mempunyai agendanya sendiri untuk menumbangkan kerajaan baharu ini, demi mengembalikan pemerintahan lama yang dicintainya.
Dia telah membesar sebagai seorang tentera yang taat kepada kepercayaannya. Pada masa inilah, ketaatannya dipersoalkan. Jika dia benar- benar taat kepada pemerintahan Republik lama yang memberikan kebebasan bagi semua rakyat, maka sudah tiba masanya untuk dia berpura-pura sebagai seseorang yang boleh dipercayai agar dapat menembusi benteng Empayar.
Kolonel Abdullah memang terkenal sebagai seorang yang berdedikasi dan tekun menyelidiki sistem kerajaan Empayar yang masih baru ini. Melalui penyelidikannya, dia menaruh harapan besar bahawa rakyat akan menyokong rampasan kuasa yang ingin dilancarkannya, demi memperjuangkan kebebasan daripada kezaliman kerajaan Empayar yang dilindungi tentera Imperialis yang tidak berhati perut. Terlalu banyak kemusnahan telah berlaku. Kampung ranap, kedamaian hilang.
Dia berpegang teguh pada janjinya sendiri, iaitu untuk berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan kemanusiaan.
Bermulalah rancangannya untuk membebaskan negaranya agar tiada sesiapa yang akan menderita lebih lama akibat keganasan tentera Imperialis. Dia telah mengumpulkan pangkalan sokongan dari platunnya serta sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan pentadbiran Republik lama untuk melancarkan sebuah rampasan kuasa. Latihan bagi pihak tentera berlaku pada waktu malam.Mereka beroperasi secara sulit agar tiada sesiapa boleh menghidu rancangan mereka. Dengan beberapa
modifikasi yang dibuat kepada peralatan yang dicuri dari markas tentera di Palais, mereka telah mengubah kebolehan senjata ke tahap yang mampu membunuh sesiapa sahaja tanpa menggunakan banyak tenaga.
Persiapan ini berlangsung selama setahun untuk memastikan segalanya teratur sebelum hari perjuangan berlangsung. Kapten Haron merupakan Naib Ketua bagi perjuangan ini. Dia telah memperoleh informasi rahsia daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk membuat penilaian bila mereka dapat menceroboh Palais, dan merampas kembali kuasa sebelum membangkitkan Republik lama.
Akhirnya, setelah segalanya ditetapkan, Kolonel Abdullah memulakan Operasi Bangkit, nama yang telah diberi bagi operasi untuk menumbangkan kerajaan Empayar. Mereka mulai menyerang dari bawah tanah dan menjelma secara senyap sebelum melancarkan serangan ke markas tentera dan meragut kuasa segala angkatan tentera Imperialis.
“Oh, kamu penghianat, Kapten Haron! Adakah ini balasan terhadap apa yang kami telah lakukan?”
Salah seorang tentera dari kem Kolonel Abdullah mengeluarkan tuduhan terhadap Kapten Haron sejurus sahaja dia muncul di lokap bawah tanah yang memenjarakan ramai tentera penentang. Kapten Haron hanya tersenyum dan berlalu pergi.
Di sinilah akhirnya sebuah cinta, Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita, Bercambah menjadi warisan
Lagu ini bermain sekali lagi dalam fikiran Kolonel Abdullah yang mengembalikannya ke alam realiti. Tubuhnya berlumuran dengan darah. Pandangannya semakin kabur.
‘Wahai Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku! Peliharalah negaraku dengan memberi kebebasan kepada rakyat-rakyat negaraku. Bila nanti aku tinggalkan bumi ini, aku ialah antara mereka yang berkorban demi cintaku pada negaraku. Oh Tuhan, ampunilah diriku dan bebaskanku dari segalanya di dunia ini!’
Kolonel Abdullah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beginilah nasib seseorang apabila mahu bangkit menentang kezaliman. Inilah pengorbanan demi kebebasan.
108 CERPEN • TMJC













































































   108   109   110   111   112