Page 111 - SP2021
P. 111
Anugerah Tuhan
Iffah Amirah Binte Ahmad Ithnin Nur Raudah Binte Mohamed Sanif
“ Kakak...”
Tiada respons.
“ Kakak...“
“Nas, adik kau panggil tu. Asyik termenung sahajalah.“
Nasuha tersentak daripada lamunannya yang telah lama mengisi kotak mindanya sepanjang perjalanannya.
“Adik nak ucapkan terima kasih kerana Nas ingin menyaksikan pertandingan berenangnya. Ibu tahu Nas tak suka melihat orang bersukan,“ kata ibu Nasuha dengan lembut. Namun, mata Nasuha tetap tertumpu ke arah jalan raya.
“Bukan tidak suka sahaja. Benci!” dengus Nasuha di dalam hati. Dahinya masih terkerut.
“Okey..kita dah sampai pun. Natasha sayang, tolong keluarkan kerusi roda kakak dari but kereta.“
“Ya ibu.“
Setelah Nasuha dibantu dan akhirnya selesa di kerusi rodanya, mereka bertiga pun bergegas ke Stadium Mayflower, tempat pertandingan renang Natasha diadakan. Namun, malang tidak berbau untuk Nasuha. Dia terpaksa menunggu di luar dewan renang selama pertandingan tersebut kerana tiada tempat duduk ataupun lokasi sesuai untuk individu yang berkerusi roda sepertinya. Walaupun demikian, dia tidak tersinggung kerana peristiwa sebegini sering berlaku. Malah, dia lega kerana tidak perlu berhadapan dengan budak-budak seumur dengannya yang mampu melakukan segalanya. Yang mampu berenang secepat kilat. Yang mampu terapung di atas air yang jernih. Yang mampu berseronok. Yang mampu menggerakkan otot mereka.
Tidak seperti Nasuha yang mempunyai Cerebral Palsy, suatu penyakit yang menghalangnya daripada menggerakkan kedua-dua kakinya. Oleh itu, di mana sahaja dia berada, kerusi rodanya sentiasa menemaninya. Apabila dia mencapai
umur 2 tahun, ibu bapa Nasuha mula berasa gelisah akan pembesaran anak tunggal mereka pada ketika itu. Budak-budak yang seumur dengannya sudahpun mula merangkak dan ada yang sudah mula berjalan. Namun, Nasuha hanya berbaring dan terlantar di katil bayi. Nenek Nasuha merayu kepada ibu bapanya untuk membawanya ke hospital agar dapat diperiksa sepenuhnya. Akhirnya, Nasuha diperiksa dan didiagnosis dengan penyakit Cerebral Palsy. Pendedahan tersebut sungguh tidak dijangkakan sehingga bapanya mengalami serangan jantung yang ringan setelah mendengar keadaan anak kesayangannya. Mujurlah, nyawanya tidak terancam, tetapi kesihatannya agak merosot. Walaupun begitu, ayahnya tidak pernah memandang rendah akan kebolehan anaknya. Rasa kasih sayangnya terhadap Nasuha tidak sedikitpun layu. Dialah yang menjadi tunjang kekuatan dalam kehidupan Nasuha yang mencabar ini. Setiap malam, ayahnya akan menemaninya di sebelah katilnya dan mengusap rambutnya sehingga dia nyenyak tidur.
Dan setiap kali, dia akan membisik, “Nasuha sayang, kamulah anugerah yang Tuhan telah berikan kepada ayah.”
Sekali lagi, Nasuha termenung memandang dinding. Tetapi, secara tiba-tiba, dia terdengar sesuatu yang membuatnya beralih pandangan dengan segera.
Sekumpulan wanita yang berkerusi roda sedang berkumpul di suatu sudut. Namun, ada perkara yang aneh tentang mereka.
Mereka berpakaian renang seperti perenang profesional.
Aneh...
Bermacam-macam soalan mencerobohi fikiran Nasuha. Dia buntu. Dia tidak tahu jikalau keinginannya itu baik untuknya. Lebih-lebih lagi, apabila melihat kekurangannya. Ini membuatnya semakin sangsi dengan kebolehannya itu. Tanpa disedari, titisan air jernih berguguran dari sudut matanya. Nasuha dilumpuhkan dengan realiti yang memeritkan. Tidak mungkin dia akan berjaya dalam sukan renang. Jikalau manusia yang
TMJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 109