Page 112 - SP2021
P. 112

 ANUGERAH TUHAN
mempunyai tangan dan kaki yang sempurna masih menghadapi cabaran, apatah lagi dia yang tidak mempunyai kaki yang sempurna. Impiannya untuk memasuki pertandingan renang hancur musnah disebabkan dengan kecacatannya.
Nasuha menemani Natasha ke Stadium Mayflower sekali lagi. Adik yang disayanginya, Natasha, akan mewakili sekolahnya dalam pertandingan renang antara sekolah tetapi kini di peringkat akhir. Namun pada hari itu, dengan relanya, Nasuha menemani Natasha meskipun dia benci melihat orang lain bersukan. Sebenarnya, dia pelik melihat sekumpulan wanita yang berkerusi roda memasuki dewan renang yang bersebelahan dengan tempat pertandingan Natasha. Ketika Natasha membuat persiapan untuk pertandingannya, Nasuha menjenguk dewan renang itu. Alangkah terperanjatnya apabila melihat seorang gadis seusianya keluar dari kolam renang dan duduk di kerusi rodanya tanpa bantuan. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Tidak mungkin ini akan terjadi.
Tiba-tiba, seorang wanita yang juga berkerusi roda menghampirinya dan menanyakan namanya. Dengan senyuman yang manis, wanita itu bertanya jikalau Nasuha berminat dalam sukan renang. Nasuha terpaku seketika. Dengan tergagap-gagap, Nasuha memberitahu namanya. Wanita itu hanya tersenyum melihat perilaku Nasuha.
“Kalau Nasuha berminat, datanglah dan berlatih dengan kami. Saya sedang berlatih untuk Sukan Paralympics yang akan datang.” Kata-kata wanita itu membuat Nasuha tercengang seketika.
“Kakak! Kak Nasuha!” teriak Natasha.
Dengan cepat Nasuha menggerakkan kerusi rodanya ke arah Natasha. Dia mengajak Natasha pulang. Sepanjang perjalanan mereka, kedua- dua adik-beradik itu tidak berkata sepatah pun. Kebingungan yang timbul daripada pertemuannya dengan wanita itu masih menghantui Nasuha. Apabila memasuki rumahnya, Nasuha mengatakan kepada ibunya bahawa dia mahu berenang. Dia mahu merealisasikan impiannya.
“Tuhan tidak kejam, Ibu. Tuhan Maha Adil.”
Kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik- manik jernih dari birai kolam matanya.
Nasuha menunjukkan laman web Sukan Paralimpik kepada ibunya. Rasa gembira meruap dada ibunya. Selama ini, ibunya khuatir akan perasaan Nasuha setiap kali Natasha memberitahu keluarganya tentang pelibatannya dalam pertandingan renang. Ibunya tahu Nasuha cemburu terhadap Natasha. Kini, dia berasa lega kerana anaknya yang dianugerahkan Tuhan ini akhirnya dapat mencari makna kehidupannya. Ibunya pun mengingatkan Nasuha untuk tidak putus harapan apabila menghadapi apapun rintangan pada masa yang akan datang.
Kedengaran sorakan yang kuat memenuhi dewan renang itu. Nasuha menarik nafasnya dan menghembuskannya kembali. Kegelisahan melanda diri Nasuha. Dia mengingatkan dirinya bahawa ini adalah sebuah pertandingan antarabangsa. Dia tidak boleh menghampakan jurulatih, keluarga dan pasukannya. Terutama sekali, dirinya yang telah bertungkus-lumus berlatih untuk hari itu. Dia berdoa kepada Tuhan supaya diberikan ketenangan.
“Nasuha, jangan khuatir. Saya percaya akan Nasuha. Ingatlah bagaimana perjalanan Nas untuk mencapai apa yang Nas impikan pada hari ini,” ujar jurulatihnya.
Bunyi tembakan pistol memulakan pertandingan tersebut. Sorakan dapat didengar. Nama Nasuha terpancar di skrin. Air mata kegembiraan dapat dilihat oleh setiap peminat Nasuha. Terutamanya, keluarga yang disayangi Nasuha. Bukan sahaja dia memenangi pertandingan itu, malah Nasuha memecahkan rekod untuk acara kuak lentang. Kegembiraan dan kesyukuran membanjiri lubuk hati Nasuha.
Selepas pertandingan itu, Nasuha berjumpa dengan wanita itu yang kini sepasukan dengannya. Dia mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Wanita itu hanya membalas dengan senyuman yang manis. Itulah keindahan yang dapat dirasai Nasuha. Selama ini, dia senantiasa berdoa kepada Tuhan untuk memberi makna kehidupan kepada dirinya. Kini, dia dapat merasainya.
“Terima kasih kerana memberi aku anugerah istimewa ini. Dan, terima kasih kepada ibu bapaku kerana tidak pernah berhenti percaya akan kebolehan Nasuha.”
 110 CERPEN • TMJC



















































































   110   111   112   113   114